Belum pun habis bulan November, dah macam-macam benda terjadi..Ada suka, ada duka..kira macam-macam kaler lah yang ada...meh aku bentangkan antara kaler-kaler yang ada di bulan November ni..hehe
1. Pink - lambang kebahagiaan, kasih sayang dan macam-macam lagi lah..sebenarnya aku kalau boleh xnak guna kaler pink sebab aku xsuka pink. Tapi ni boleh dikecualikan sebab temanya memang pink. hehe.. Pada 24.11.2012 selamat sudah alongku ditunangkan bersama jejaka pilihan ramai hati. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun segala persiapan diuruskan oleh adik beradik tanpa abah dan mak..Doakanlah along aku cepat-cepat diijabkabulkan..tak sabar beno nk dapat abang long..hehe
Macam ude lak..hehe |
Make up by Kak G |
2. Hijau - biasanya melambangkan kedamaian, ketenangan, semula jadi..tapi untuk bulan ni, bg aku hijau tu melambangkan hospital almaklumlah baju pesakit yang kena tahan wad kan kaler hijau...Abah ditahan wad lagi di HSAJB. kali ni pun agak lama sebab masalah kaki bengkak teruk dan paru-paru berair. Nasib baik abah dpt pelepasan keluar wad time along tunang, kalau tak mesti kitorang rasa sedey sangat..Hosp bagi abah keluar jumaat malam dan check-in balik hosp hari sabtu sebelum jam 5 ptg. Sekejap pun jadilah, dapatlah abah jumpa bakal menantu yang nun jauh di Kedah sana tu..hehe
3. Biru - bila tengok warna biru, aku terbayang air dan benda yang terjadi pada aku pun ade kene mengena dengan air iaitu bilik air. Kejadian berlaku di waktu pagi time aku nak p keje. Aku terbangun lambat..tengah duk kelam kabut mandi tetibe aku terjatuh kat bilik air..Masa tu tuhan je tau betapa sakitnya kepala aku sebab aku jatuh terlentang, kepala terhantuk dinding bilik air. Kemain kuat aku menjerit sampai terkejut laki aku...Tapi rasa takut lebih dari rasa sakit sebab aku takut apa-apa jadi kt baby aku.."Tengok lah nak, kamu belum keluar mama dah terlalu risaukan kamu, kalau kamu dah keluar lagilah..."
4. Kelabu - Bagi aku kelabu tu macam mendung tak beerti hujan perasaan kesal dan simpati. Ada kejadian yang aku tak bley terima dah terjadi pada orang yang pernah aku kenal. Sampai la ni pun aku tak bley nak terima. Biar apa pun orang kata, aku tau orang tu macam mana. Pesanan aku pada orang-orang yang duk mengata dia "Mungkin inilah kesilapan terbesar yang pernah dia lakukan tapi manusia mana yang tak pernah buat silap kan?? Sampai bila kita nak pandang rendah pada seseorang tu sedangkan sebelum ni banyak benda baik yang dia dah lakukan....Kita pun bukannya baik sangat.."
Cukuplah cite pasal kaler2 ni...abes lak kaler pensil aku ni kalau aku tulis lagi, simpan cikit untuk masa akan datang, mana tau mood nak mengkaler tetibe datang..huhu..