Wednesday 16 July 2014

Peugeot CDM25

Assalamualaikum..

Pagi ni rasa sedih pulak bila tengok video mengenai keangkuhan dan keberangan seorang perempuan dek kerana kereta Peugeot barunya #CDM25 dilanggar oleh seorang pakcik cina.  Terdiam aku jap bila tengok video tu.  Rasa simpati pada pakcik yang berulang kali meluahkan ke'tidak sengaja'nya dia melanggar kereta perempuan tu.  Namun, perempuan tu berterusan membeduk kereta pakcik tu dengan stereng lock sambil memaki hamun dan meminta ganti rugi.

Inilah realiti kehidupan..baru sedikit saja Allah berikan nikmat ke atas hambanya, sudah lupa siapa diri kita.  Mudah perasan diri ini lebih hebat dari orang lain sehingga sanggup memalukan orang lain walhal tindakannya itu memalukan dirinya kembali.

"Ya, Allah, kau buangkanlah sifat angkuh, riak, bengis dan segala sifat-sifat mazmumah dari diriku, keluargaku, sahabatku dan seluruh kaum muslimin dan muslimah.  Seandainya nikmat yang kau beri itu boleh melalaikanku, aku pohon kau jauhkanlah nikmat itu dariku.."


p/s: kejadian macam ni buat aku makin takut nak bawak kereta =(

Monday 7 July 2014

Kawalan vs Rutin

Assalamualaikum semua...
Pejam celik dah masuk hari ke-9 kita berpuasa.  Kejap je kan?  Kali ni punya puasa memang cukup mencabar bagi aku, dengan exam UiTM lagi, dengan Auni yang demam, dengan tak larat memanjang..tulah, time bulan Rejab dulu tak nak cuba2 puasa, la ni dah tak tahan..huhu

Lama dah aku tak post apa2.  Terlampau sibuk dengan hal kerja, dengan tiada idea nak tulis apa, tu yang senyap je..ni start tulis balik sebab ada benda nak luah..

Pernah tak korang rasa penat dengan tindakan korang yang terlampau 'dikawal', bukan dikawal oleh orang lain, tapi oleh diri korang sendiri.  Dapat tangkap tak maksud aku?huhuhu..Sekarang ni aku rasa penat sangat, kadang2 cuba gak untuk tak 'dikawal' tapi nanti mesti kembali kepada asal balik.  Aku pernah terfikir mungkin seronok bila hidup tanpa kawalan, bebas buat apa saja tapi bila fikir kembali, hidup dengan kawalan lah yang akan buat hidup kita lebih teratur dan memudahkan kerja kita kan?

Bunyi macam serius je soal kawalan ni, tapi sebenarnya tak pun..tapi bila dah penat sangat jadi macam ni lah..semua tindakan nak disalahkan.  Korang nak tau apa je tindakan aku yang 'dikawal' sangat tu?check it out..huhu

  • Bila sidai baju, aku akan sidai baju dengan baju, seluar dengan seluar, t-shirt dengan t-shirt
  • Bila sidai tuala dengan sapu tangan Auni mesti ikut warna.  
  • Bila nak sepit baju tu, penyepit mesti letak ikut warna.  Guna warna merah dulu sebab warna merah paling sedikit, kemudian warna hijau, akhir sekali baru warna biru.
  • Penyangkut baju pun aku guna macam tu, guna ikut warna.
  • Bila lipat baju Auni, aku mesti lipat baju lengan panjang dulu, baru lipat baju lengan pendek.  Aku lipat ikut warna.  Kena selang seli.  Pink-Hijau-Ungu-Oren.  Stoking lipat last sekali.
  • Bila lipat baju aku dengan laki aku, tak kisah pulak, cuma baju dalam dan seluar kecik kena  lipat last.  Baju kurung terus tak lipat, hanger kan je.
  • Bila susun duit dalam beg duit mesti kena letak ikut kepala..ikut susunan, mula dengan RM1-RM50
  • Bila susun botol susu Auni yang dah sterile, botol lama susun kat depan, botol baru susun kat belakang.
  • Bila gosok baju, mesti gosok baju dulu, baru kain, last tudung.
  • Bila nak mandi, mesti gosok gigi dulu, baru cuci muka, pastu buang air dan mandi.
Banyak lagi yang aku rasa tindakan aku yang 'dikawal' sangat.  Tapi aku rasa korang pun ada gak buat perkara2 kat atas ni kan?  Mungkin bagi korang bukan kawalan tapi rutin.  Tapi bagi aku lak 'dikawal' bila aku dah penat..huhu

Sekian, terima kasih..

p/s : perlu berehat nampaknya aku ni..huhuhu