Tuesday 11 February 2014

arrrggghhhh!!!!!nape mesti aku?????

Situasi pagi tadi time nak sarapan..

kring..kring..kring..

Aku : Selamat Pagi UKAS. (formalnye aku..huhu)
Kak Ton : Siapa ni?
Aku : Fatimah Wahid (aku memang suka bagi nama penuh aku..huhu)
Kak Ton : Ha, Fatimah, tadi saya call tempat awak tak berangkat.
Aku : Saya dalam bilik Cik Wyda, baru nak angkat, telefon dah mati.
Kak Ton : Bos awak start cuti bila? Nanti dia cuti bagitau ye, saya nak tarik awak ke bawah.
Aku : Dia start cuti 24/2, kan ada PA baru yang nak masuk.
Kak Ton : Dia ada masalah, tak boleh nak stay back.  Nak tunggu sampai pukul 5.30 pun tak boleh.
Aku : Saya pun tak boleh stay back puan.  Saya kena balik pukul 5 sebab nak kejar bas, nak ambil anak. (berani2nye aku menjawab)
Kak Ton : Ha, pasal bas je, PA baru ni dia kena balik awal sebab orang tua.  Kalau dia tak balik, t mak dia tak makan.  Lagi pun tak tau dia masuk bila.  Saya cuma nak bila saya ada, stay sampai pukul 5.30 je.  
Aku :  Saya memang tak boleh puan.
Kak Ton :  Nanti bos awak cuti bagi tau ye, kat bawah ni dah banyak surat dah..(dia langsung tak mengendahkan kata2 ku..huhu)
Aku : Ok.


Untuk pengetahuan semua, bos aku nk pencen 3.3.2014 ni.  PA kak Ton tu jaga TKP (Dasar).  PA yang baru nak masuk tu lah patutnya jaga kak Ton, tapi aku pulak yang kena.  Aku tak kisah pun nak jaga sape, tapi bila aku dah tau dia macam mana, mane mau nye aku..Kak Ton ni 1 UKAS tak gemor dengan dia. Suka burukkan orang, cakap dia je yang betul, berapa ramai dah yang jadi PA dia..semua tak kekal lama sebab dia yang bermasalah..apalah nasib aku...huhuhu


p/s : aku terus tak abes makan..xde selera...huhuhu

Friday 7 February 2014

nak ke idak?

Salam,
Ada satu pagi, sedang aku berjemaah sarapan bersama pegawai aku, tiba-tiba terkeluar satu pernyataan dari pegawai aku "teringin nak pergi Mekah, nak buat Haji".  Lepas tu pegawai beso yang duk makan dengan kitorang pun jawab "pergi jelah, tengah2 muda ni lah bagus pergi"  Pegawai aku pun bagitau la, duit tak cukup, adik2 sekolah lagi, dia nak kawen lagi, t dah cukup semua baru boleh pergi.  Pegawai beso tu pun cakap, "kau belum betul2 nak pergi la tu" tapi pegawai aku duk bantah lah, memang nak pergi ni, cuma masa dan kewangan yang tak mencukupi.  Lepas tu, pegawai beso tu pun kongsi 1 cerita ni....

Kawan dia nak sangat pergi menunaikan Haji.  Jadi, dia pun ajaklah kawan dia dan terus kawan dia setuju.  Maka bermulalah persiapan mereka ke Mekah.  Mereka daftar haji, buat pemeriksaan kesihatan, ambil suntikan yang patut, beli kain ihram, packing bag dll.  Dah settle semua, muka kawan dia masih dalam keadaan risau.  Dia pun tanya kenapa, tak nak pergi ke?  Kawan dia cakap dia memang nak pergi tapi dia ada 1 masalah.  Kawan dia tak ada passport dan tak boleh ke luar negara sebab diisytiharkan muflis.  

Kemudian dia tanya lagi, "kau nak pergi?"  Kawan dia jawab "nak""betul-betul nak?" tanya dia lagi dan jawapan kawan dia masih sama.  Lalu dia berkata "kalau kau betul2 nak, mintaklah dengan Allah dan berdoa "Ya Allah, aku nak pergi rumah Mu, aku nak datang ke rumah Mu, bantulah aku".  Dengan kuasa Allah, agen haji datang berjumpa kawan dia tu dan menawarkan diri untuk menguruskan passportnya.  Dalam 2 jam kawan dia dah dapat passport.  Tinggal 1 lagi masalah.  Visa.  Kawan dia memang tak yakin boleh dapat visa, tapi kawan dia tetap berdoa dan mintak pada Allah dipermudahkan segalanya.  Sehari sebelum mereka berangkat ke Mekah, mereka dapat visa dan tiket penerbangan.  Isteri kawan dia macam tak percaya bila mereka kata esok pergi Mekah.  Tapi bila dah dapat semua, baru isteri kawan dia percaya dan bersyukur kerana suaminya diberi peluang untuk ke rumah Allah.  

Aku dengan pegawai aku pun macam tak percaya bila dengar cerita pegawai beso ni.  Betul ke bohong ni?  kitorang still menjawab, "tu masalah tak boleh ke luar negara, cam kitorang ni masalah duit tak de camne?"  Pegawai beso tu pun cerita yang dulu bila sampai turn dia pergi Haji, dalam akaun bank dia cuma ada RM500 je.  Tapi dia tak risau dan tak fikir apa sebab dia memang nak sangat pergi.   Dia minta pada Allah dan Allah uruskan semua sehingga dia dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.  Masa dia cerita tu, meleleh air mata dia. Menangis pulak orang tua ni.hehe..yela, dia ni pakcik2 yang suke gurau kasar, tapi bab2 ni, rapuh gak hatinya.  Bila dah abes cerita, dia bagitau  walaupun dah 3x dia pergi haji, tapi dia tetap rindu nak pergi lagi..


p/s : aku terdiam dan malu dengan diri sendiri.  Aku belum sampai ke tahap betul2 nak rupanya.  Terlalu sibuk sangat dengan urusan dunia.  Kalau aku betul2 nak, mesti aku tak peduli apa, yang penting aku nak pergi, kan?