Wednesday 19 August 2015

JJCM : Warung Bunian

Assalamualaikum...

Burrppp...alhamdulillah...Sorry, aku dilanda kekenyangan..sedap betul makan tengahari tadi.  Mentang-mentang bos takde, memanjang nak makan kat luar..semalam breakfast di Warung Bunian, hari ni lunch kat tempat yang sama gak..hehehe...Lepas ni bila bos baru masuk, tak tau la dapat makan-makan kat luar lagi ke tak..huhuhu

Sedap betul lauk tadi.  Masa mula-mula sampai aku tengok ramai dah nak habis makan, semua duk jilat2 jari..aku siap cakap dengan pegawai aku, betul sedap ke sampai jilat2 jari...hehehe..Sebelum gerak aku dah wasap dulu kedai ni..yela takut tup-tup mai lauk xde lak..telan air liur jela..huhu..So, sape2 nak booking bley contact


Menu lunch setiap hari berubah tau.  Untuk hari Rabu, menunya Gulai Ayam Kampung, Sambal Udang, Terung berlada dan ikan kering.  Air boleh pilih.  Total untuk 4 orang + air sirap 1 jag = RM60.  Kira RM15 seorang la..


Kesimpulan yang aku boleh buat :

Kualiti :  4/5 (memang sedap, rasa cam mak kite yang masak)
Kuantiti : 4/5 (memang cukup-cukup, tak lebih, tak kurang)
Lokasi : 4/5 (Tak jauh sangat dari ofis yang kat Presint 2 tu)
Parkir : 3/5 (tak cukup sangat dan agak mencabar sebab curam)
Kebersihan : 4/5 (bersih cuma ada lalat berterbangan yg mengganggu kosentrasi nak makan)

Cukuplah tu..korang pulak cuba try test k!!!

Monday 17 August 2015

My Ex Bosses



Assalamualaikum...

Hari ni merupakan Hari Ulang Tahun Ke-7 berkhidmat sebagai Penjawat Awam (Setiausaha Pejabat).  Rasa kejap je masa berlalu, tu yang nak imbas balik bekas-bekas bos aku..hehe..

Mula-mula lapor diri aku ditempatkan di Kementerian Kesihatan.  1st day lapor diri di BKP, KKM aku rasa nak berhenti kerja.  Bos aku ni orangnya tegas, garang, badan besar, suara besar, tak pandai nak bergurau2 dengan staf dia, umur sebaya abah aku.  Kenangan pertama yang aku tak boleh lupa bila aku kena baca Aku Janji Penjawat Awam tu depan dia.  Time aku baca tu dia siap cakap nak baca benda penting kenapa tak baca bismillah.  Nasib baik dia tak suruh aku berdiri sambil angkat tangan..huhu..Aku memang tersangat takut dengan bos aku ni.  Aku kerja dengan dia 3 tahun je pastu aku minta tukar.  Bukan tak tahan dengan perangai dia (kadang-kadang tak tahan jugak)  tapi tak tahan dengan kerja..huhu..Hari last masa aku nak balik kerja, nak cakap minta maaf  dengan dia, ingat mesti takde ape, tup-tup meleleh pulak air mata aku ni...haih, nampak sangat aku yang banyak dosa dengan dia, ngumpat dia je tak sudah..hehe...Aku bersyukur aku kerja dengan dia sebab aku dapat belajar banyak benda dan dia jadikan aku penjawat awam yang takut nak langgar peraturan, patuhi waktu bekerja, dapat duit raya..eh..hehe..Thanks bos..

Lepas tu aku bertukar ke UKAS pada 1 Disember 2011.  Selama 3 tahun 8 bulan aku berkhidmat di UKAS ni, dah 2 orang bos aku..1st bos aku di UKAS ni orangnya baik, umur sebaya abah aku gak, peramah, kelakar, cuma percakapan dia je tak berapa nak clear.  Kadang-kadang apa yang dia cuba sampaikan mesti aku tak berapa nak tangkap.  cam pending je..hehe.. Seksyen aku ni banyak kena kerja outstation.  Bos aku ni pulak ada gemuruh nak naik flight.  Baru dapat surat, belum naik flight lagi tapi dia punya takut..macam-macam dia fikir, cuaca tak elok la, itu lah inilah, ada 1 hari tu dia suruh aku booking flight lambat-lambat sebab nak biar tiket flight habis, so tak payah pergi...hehehe..Lama-lama bos aku ni dah tak larat nak kerja tu yang dia pencen opsyen. Dia pencen 3 Mac 2014.  Sepanjang aku kerja dengan dia, dia tak pernah marah atau tinggikan suara.  Memang bos yang sangat baik.  Thanks bos...

1 April 2014 aku dapat 2nd bos.  Umur dia awal 50an.  Gaya macam orang muda cuma rambut je putih.  Orangnya pun baik tapi aku tak berapa rapat dengan bos aku ni sebab dia suka buat kerja sendiri dan tak nak bagitahu kalau pergi mana-mana.  Agak secretive sikit, alim, tak suka bersosial dan makan-makan.  Buang masa katanya..huhu..Masa hari raya haritu, berapa kali aku kena ceramah pasal nak buat jamuan je..huhu...tapi nak buat macam mana, PA dia ni suka benda-benda camtu..hehehe...Bila dia naik pangkat aku rasa cam 'alhamdulillah' tapi bila fikir sape pulak ganti dia jadi takot pulak aku..huhu.14 Ogos 2015 merupakan hari terakhir bos aku di SPK, UKAS.  Baru 1 tahun 4 bulan aku jaga dia tup-tup naik pangkat.  Cepat betul naik pangkat, rezeki dia.  1 benda yang aku perasan, bos aku tak pernah tinggal solat Dhuha tiap2 hari.  Betullah solat Dhuha tu pembuka pintu rezeki kan...Ayat dia yang aku tak boleh nak lupa "saya nak kaya cepat"..hehe...bile orang tanya kenapa makan roti, kuih je, die mesti cakap saya nak kaya cepat..hehe..Apa pun, bos aku  ni banyak ajar bab-bab protokol.  Macam mana cara kita berurusan dengan orang atasan. Thanks bos.  

Hurm, la ni aku pun terasa-rasa nak bertukar lagi.  Nak ubah angin, cari kawan baru, belajar benda baru.  Aku aim nak pergi KPWKM kalau tak pun Kementerian Pelancongan.  Tapi kalau boleh aku nak balik Johor dulu, nak duduk dekat dengan family.  Sekarang ni terasa rindu nak duduk dengan family.  Agaknye sebab aku asyik merantau je..Tingkatan 4-5 Sekolah Teknik di Pontian, lepas tu sambung Poli di Port Dickson, habis je belajar dapat kerja kat Putrajaya...Dah sampai masa duduk dekat dengan family, boleh tengok2 mak abah..Doakan ye kawan2..

Friday 7 August 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitti

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan..Maaf zahir batin..sekarang ni tak ada masa nak update blog.  Bila dah banyak kali makan free barulah teringat nak update blog.  Selama beberapa bulan aku tak update blog ni macam-macam benda jadi tak jadi..huhu..Bersyukur sangat tuhan bantu permudahkan segala urusanku..Alhamdulillah...

Cerita raya tahun ni bagi aku sederhana sangat sebab aku and husband tak beli baju raya pun.  Masing-masing pakai baju yang dah lama beli  tapi tak pernah pakai.  Tahun ni pakat sediakan baju Auni je.  Duit raya pun alhamdulillah tak terasa sangat keluarkan duit sebab kami duk menabung duit RM5 dari awal tahun hari tu..huhu

Tahun ni terasa lain bila tiada lagi puksu..Puksu meninggal 20 April 2015 lalu.  Sedih sangat2..sorang-sorang pak sedara pergi tinggalkan kami.  Sekarang adik beradik mak aku tinggal 3 orang je, mak, pak ngah dan maklang..moga dipanjangkan usia mereka..Amin...

Lagi berita sedih menimpa sahabatku..Takziah leha atas pemergian suami tercinta.  Aku betul-betul terkejut dan macam tak percaya kejadian ni terjadi pada sahabatku..Sabar ea Leha..Insyaallah, sahabat-sahabatmu akan sentiasa ada saat diperlukan..Be strong ye..

Untuk semua sahabat aku ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin".  Kosong-kosong ye..