Monday 15 December 2014

2 tahun sudah!!



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, 9 Disember 2014 genap 2 tahun anak mama.  Rasa sekejap je dah 2 tahun.  Banyak perubahan dah jadi selama setahun ni.  Auni dah boleh jalan, boleh berlari, mula-mula tak nak cakap sangat, sekarang dah mula ikut-ikut cakap kita..dah pandai tiru perbuatan kita, pandai cakap taknak dah..hehe..

Maafkan mama ye Auni, dulu mama selalu jeles tengok anak orang lain baik je, pandai baca doa la, dah kenal huruf, nombor, macam-macam lagi tapi anak mama =( Papa selalu cakap kat mama, jangan bandingkan anak orang dengan anak kita..semua budak-budak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kan?Barulah mama mula belajar menerima kenakalan anak mama ni..hehe..Hj Lokman pun pernah cakap, anak-anak yang aktif ni bijak..Auni pun macam tu..

Tahun ni kita sambut besday bertiga je..Mama, Papa & Auni.  Nak buat macam mana, kita tak dapat balik kampung.  Tahun lepas kek sampai 2 tahun ni 1 pun takde..hehehe..kita pergi jalan-jalan sampai terlupa nak beli kek..Kalau tahun lepas Auni dapat hadiah khemah..tahun ni sebab anak dara mama ni dah besar, kami hadiahkan tindik sekali dengan anting-anting..hehe..

Pening jugak cari tempat tindik telinga ni.  Di Alamanda orang kedai emas tu tak berani nak tindik, dia cakap Auni kecik lagi.  Dia suruh tunggu 5 tahun baru tindik..takdelah mama Auni ni nak tunggu sampai 5 tahunnye..Jadi kami gigih cari dekat Metro Kajang pulak..pergi Poh Kong pun sama, orang kedai tu tak nak tindikkan..kecik lagi katanya..huhu..cari lagi..akhirnya jumpa gak kedai yang sudi menindikkan telinga Auni..hehe

Ni time baru nak keluar rumah..mood masih baik..


Tengok, mood tak ok dari lepas tindik sampai nak keluar Metro Kajang..sakit lagi agaknye..hehe
Ni nak balik rumah lepas jalan-jalan kat IOI..mood dah baik dah..
Sampai rumah Auni diri depan cermin sambil pusing-pusing kepala dia..nampak lain agaknya..hehe..tapi memang Auni tak bagi pegang pun telinga dia..kita tanya mana telinga pun taknak tunjuk dah..hehe...tak sabar mama nk tunggu sebulan lagi, nak tukar anting-anting emas lak..Apa pun, mama & papa nak ucapkan "Selamat Hari Lahir Sayang" moga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang solehah dan moga keluarga kita bahagia hingga ke syurga..Sayang anak mama!!!

p/s: murah je tindik telinga ni. RM15 je sepasang siap dapat anting-anting tapi bukan emas la..la ni harga emas RM142/gram..mai pakat beli emas..hehe

Wednesday 3 December 2014

Family Vacation - Cameron Highland 17-18.10.2014

Assalamualaikum semua..nampaknya sekarang ni musim sibuk..aku tengok bukan aku je yang tak update blog, tapi kawan-kawan pun berjemaah ni tak update. mahapkan kami ye..hehehe..Hujung tahun ni memang banyak sangat benda nak kena buat, hantar, tu yang sibuk bebeno.  Ni ada kelapangan sikit aku pun curi-curi update blog.

Sebenarnya tak tau nak cerita pasal ape, tapi disebabkan baru-baru ni aku, adik beradik, mak pak pergi bercuti, boleh la kot update pasal tu..hehe..Kali ni punya cuti dirancang oleh ude.  Asalnya nak bercuti kat rumah aku je, nak pergi Ikea je pun..huhu..tapi tukar plan pergi Cameron Highland lak sebab diorang tak pernah pergi lagi.  

Last aku pergi Cameron Highland pun tahun lepas masa cuti PRU dulu. Tak ingat? cer baca kat sini Masa tu Auni baru 5 bulan, berhingus lagi (sampai sekarang masih berhingus dan jangkit kat aku.huhu)Kali ni Qisya baru 45 hari. dahsyat betul along aku, baru abes pantang pun nak g bercuti..huhu

Malas dah nak tulis panjang2, layan gambar je ye..












p/s : 

Tips ke Cameron Highland :
  • Check tarikh - jangan pergi masa cuti sekolah, confirm ramai orang.
  • Check cuaca - masa kitorang pergi musim hujan, sejuk sesangat
  • survey hotel / apartment - Kitorang beli di Groupon RM288. Crown Imperial Court di Brinchang. Serius seram betul tempat ni, bukan seram sebab berhantu ye, seram sebab hotel ni atas bukit, sangat curam, parking untuk 1 kereta je.