Apa main kau-kau ni..kurang ajar ea..hehe...ok lah aku buat pembetulan..
Hanya contoh Kau Yang Rasa..betul kan?bila kita nak cakap benda tak baik kena guna perkataan contoh kan?hehe..Kata ganti diri kedua ni merujuk kepada wanita ye..apa agaknya yang hanya wanita je rasa??cer teka..
Pandai anak mama...mengandung dan bersalin..ala, balik-balik cite mengandung dan bersalin, mentang2lah baru dapat baby..huhu..sementara mood ni ada lagi, aku tulislah cerita pasal ni, t dah hilang mood, bukan takat citer ni hilang..silap-silap blog ni pun hilang..hahaha..
Oklah..untuk tidak memuaskan hati sebelah pihak je aku open lah tajuk ni..jom kita sama-sama senaraikan apa je yang cuma wanita je yang rasa or yang terjadi pada wanita????hurm.......sebagai seorang anak, isteri dan ibu, inilah ape yang aku rasa dan apa yang terjadi pada ku :
1. Datang bulan
Memang terang lagi bersuluh lah kan cuma kita-kita aja yang datang bulan..kadang-kadang tu sampai tertembus kat baju, kain..naik malu jadinya..cuba korang bayangkan bila lelaki datang bulan, acaner lah gayanya ye..agak2 tertembus gak ke kat seluar diorang tu?hehe
2. Mengandung
9 bulan 10 hari satu tempoh yang panjang sangat tapi cepat je berlalu..bila belum mengandung, ternanti-nanti bila nak mengandung, bila sedang mengandung, tak sabar-sabar nak bersalin sebab dah tak larat dah, bila dah bersalin pastu tengok orang mengandung timbul balik rasa nak mengandung ni..tapi untuk aku memang lum bersedia untuk mengandung kali kedua ye..noktah...hehe
3. Bersalin
korang perasan tak biasanya wanita yang bersalin tapi yang menyambut kelahiran bayi tu lelaki..(biasanya kalau bersalin di hospital kerajaan lah..kalau hospital swasta kita boleh pilih doktor mana kita nak..hehe) masa aku bersalin dulu, meriah uolls...ada 3 orang doktor 1Malaysia time tu..seorang Dr lelaki Cina, seorang Dr lelaki Melayu dan sorang lagi Dr wanita India..
4. Bangun malam
Ni bukan kes bangun malam sebab nak buat solat tahajud ye..ni sebab dengar anak nangis..huhu..cuba korang pk kenapa ye bila anak baru 'ek' sikit je mak dia dah terbangun dah..?sebelum ada anak dulu jam bunyi pun tak sedar tapi bila dah ada anak jadi macam tu pulak..pelik lagi ajaib kan?hehe
5. Penat
Eleh, macam lah orang lain tak penat kan???hehe..penat ni sampai bila-bila pun akan datang je..bila jadi anak dulu penat asyik kena ikut cakap mak ayah je, bila dah kawen penat nak layan suami, kemas rumah, bila dah jadi mama penat nak layan anak pulak tapi ada 1 cara untuk hilangkan rasa penat ni ialah dengan cara enjoy dengan apa yang kita buat..camne nak enjoy tu?cuba kita positifkan balik setiap tugasan yang kita kena buat dan , buat secara kreatif dan inovatif agar benda tu tak membosankan dan tak jadi beban untuk kita. so, takdelah timbul istilah paksa-rela..(puuuii..kalau lah aku boleh praktikkan benda ni..huhu)
Apa lagi ye yang terjadi pada wanita je???xboleh nak berfikir lah sebab mata sudah mengantuk, otak dah xnk berfikir...hehe...korang lak bagitau apa yang hanya korang je yg rase...daa...