Salam,
Ada satu pagi, sedang aku berjemaah sarapan bersama pegawai aku, tiba-tiba terkeluar satu pernyataan dari pegawai aku "teringin nak pergi Mekah, nak buat Haji". Lepas tu pegawai beso yang duk makan dengan kitorang pun jawab "pergi jelah, tengah2 muda ni lah bagus pergi"
Pegawai aku pun bagitau la, duit tak cukup, adik2 sekolah lagi, dia nak
kawen lagi, t dah cukup semua baru boleh pergi. Pegawai beso tu pun
cakap, "kau belum betul2 nak pergi la tu" tapi
pegawai aku duk bantah lah, memang nak pergi ni, cuma masa dan kewangan
yang tak mencukupi. Lepas tu, pegawai beso tu pun kongsi 1 cerita
ni....
Kawan
dia nak sangat pergi menunaikan Haji. Jadi, dia pun ajaklah kawan dia
dan terus kawan dia setuju. Maka bermulalah persiapan mereka ke Mekah.
Mereka daftar haji, buat pemeriksaan kesihatan, ambil suntikan yang
patut, beli kain ihram, packing bag dll. Dah settle semua,
muka kawan dia masih dalam keadaan risau. Dia pun tanya kenapa, tak
nak pergi ke? Kawan dia cakap dia memang nak pergi tapi dia ada 1
masalah. Kawan dia tak ada passport dan tak boleh ke luar negara sebab
diisytiharkan muflis.
Kemudian dia tanya lagi, "kau nak pergi?" Kawan dia jawab "nak". "betul-betul nak?" tanya dia lagi dan jawapan kawan dia masih sama. Lalu dia berkata "kalau kau betul2 nak, mintaklah dengan Allah dan berdoa "Ya Allah, aku nak pergi rumah Mu, aku nak datang ke rumah Mu, bantulah aku".
Dengan kuasa Allah, agen haji datang berjumpa kawan dia tu dan
menawarkan diri untuk menguruskan passportnya. Dalam 2 jam kawan dia
dah dapat passport. Tinggal 1 lagi masalah. Visa. Kawan dia memang
tak yakin boleh dapat visa, tapi kawan dia tetap berdoa dan mintak pada
Allah dipermudahkan segalanya. Sehari sebelum mereka berangkat ke
Mekah, mereka dapat visa dan tiket penerbangan. Isteri kawan dia macam
tak percaya bila mereka kata esok pergi Mekah. Tapi bila dah dapat
semua, baru isteri kawan dia percaya dan bersyukur kerana suaminya
diberi peluang untuk ke rumah Allah.
Aku dengan pegawai aku pun macam tak percaya bila dengar cerita pegawai beso ni. Betul ke bohong ni? kitorang still menjawab, "tu masalah tak boleh ke luar negara, cam kitorang ni masalah duit tak de camne?" Pegawai beso tu pun cerita yang dulu bila sampai turn dia
pergi Haji, dalam akaun bank dia cuma ada RM500 je. Tapi dia tak risau
dan tak fikir apa sebab dia memang nak sangat pergi. Dia minta pada
Allah dan Allah uruskan semua sehingga dia dapat menjejakkan kaki ke
tanah suci Mekah. Masa dia cerita tu, meleleh air mata dia. Menangis
pulak orang tua ni.hehe..yela, dia ni pakcik2 yang suke gurau kasar,
tapi bab2 ni, rapuh gak hatinya. Bila dah abes cerita, dia bagitau
walaupun dah 3x dia pergi haji, tapi dia tetap rindu nak pergi lagi..
p/s
: aku terdiam dan malu dengan diri sendiri. Aku belum sampai ke tahap
betul2 nak rupanya. Terlalu sibuk sangat dengan urusan dunia. Kalau
aku betul2 nak, mesti aku tak peduli apa, yang penting aku nak pergi,
kan?
No comments:
Post a Comment