Wednesday, 16 July 2014

Peugeot CDM25

Assalamualaikum..

Pagi ni rasa sedih pulak bila tengok video mengenai keangkuhan dan keberangan seorang perempuan dek kerana kereta Peugeot barunya #CDM25 dilanggar oleh seorang pakcik cina.  Terdiam aku jap bila tengok video tu.  Rasa simpati pada pakcik yang berulang kali meluahkan ke'tidak sengaja'nya dia melanggar kereta perempuan tu.  Namun, perempuan tu berterusan membeduk kereta pakcik tu dengan stereng lock sambil memaki hamun dan meminta ganti rugi.

Inilah realiti kehidupan..baru sedikit saja Allah berikan nikmat ke atas hambanya, sudah lupa siapa diri kita.  Mudah perasan diri ini lebih hebat dari orang lain sehingga sanggup memalukan orang lain walhal tindakannya itu memalukan dirinya kembali.

"Ya, Allah, kau buangkanlah sifat angkuh, riak, bengis dan segala sifat-sifat mazmumah dari diriku, keluargaku, sahabatku dan seluruh kaum muslimin dan muslimah.  Seandainya nikmat yang kau beri itu boleh melalaikanku, aku pohon kau jauhkanlah nikmat itu dariku.."


p/s: kejadian macam ni buat aku makin takut nak bawak kereta =(

3 comments:

zal88 said...
This comment has been removed by the author.
zal88 said...

ak bru nk update..hihihi

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

hehehe...tgn aku xsabo2 nk update..