Tuesday, 7 June 2016

Selamat Datang Ramadhan

Assalamualaikum..

Sekejap je dah masuk bulan Ramadhan.  Selamat berpuasa kawan-kawan dan selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ni.  Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini.  Amin..

Alhamdulillah, masalah nak ambil anak sebelum jam 5 petang dah ada penyelesaian.  TQ Allah.  Time aku dah nekad nak ambil teksi balik dari kerja tup tup keluar berita gembira.  Penjawat awam dibenarkan balik awal.. yuhuuu...dapat balik pukul 4.  settle 1 problem.  

Hari ni 1st day masuk kerja di bulan Ramadhan.  Dari pagi tadi duk tengok jam.  Rasa macam tak bergerak-gerak pulak jarum jam ni..huhu..perut dah berbunyi dah, mata pun dah layu semacam.  Moga aku bertahan hingga hujung Ramadhan.

Dengan puasa ni kita belajar bukan saja tahan lapar dan dahaga, tahan nafsu, tahan marah..macam-macam lagi kena tahan.  tapi baru hari pertama aku dah tak tahan..huhuhu...Ya Allah, kau kuatkan imanku, berilah aku kesabaran dalam menempuh segala cabaran di bulan mulia ni.

Ok, kawan-kawan, dapat juga aku post at least 1 entry per month.  Moga terus istiqamah...hehehe

Selamat Berpuasa semua...

2 comments:

LiaNa YuSoF said...

hehehe.. 1 entry 1 bulan.. bagus tu.. xdela sunyi je blog.. aku xdan laaa.. tgok mana dan aku update, kalau x, xde laaa...

شركة المثالية said...


شركة تنظيف بالخبر
شركة تنظيف مسابح بالخبر
شركة تنظيف مكيفات بالخبر