Tiap-tiap hari aku tepon mak tanya bila abah nak keluar..hari ni dah seminggu abah kena tahan wad..raya taon ni dah tak rasa raya sangat bila tengok keadaan abah macam tu....
Abah demam dah semingggu tak baik-baik..dah berapa kali pergi klinik. Doktor memang dah suruh abah g hospital, tapi biasalah, abah ni degil sikit..dia tak nak p hospital sebab dia tau kalau dia g mesti kena masuk wad..abah tak nak beraya kat hospital...
Masa aku balik ari jumaat malam tu abah memang dah tak sihat sangat..biasanya bila kitorang sampai kampung tak kisahlah pukul berapa, abah mesti sambut kitorang..abah suruh makan dulu, lepas tu borak2 barulah masuk tidur..tapi kali ni, abah tak sambut pun..keluar bilik pun tak..memang abah tak larat sangat-sangat..
Abah demam teruk, cirit-birit, tak boleh makan..baru makan sesuap dah muntah balik..menggigil2 badan abah..Pagi raya, abah tak larat pun nak bangun...Baju melayu abah tergantung macam tu je, tak dipakai pun..bila mak pujuk-pujuk, baru abah pakai..bila ada saudara yang telefon ucap selamat hari raya abah terus menangis....abah rasa sedih sangat tak dapat pergi sembahyang raya, tak dapat tolong buat persiapan tuk raya, tak dapat nak ziarah kawan2, saudara-mara..cian abah.....
Lepas semua balik dari sembahyang raya, kitorang mulakan sesi bermaaf-maafan...tak pernah kitorang mintak maaf dengan mak abah dalam bilik sambil abah baring je atas katil..aku salam abah, ucap selamat hari raya, minta maaf, abah angguk je..bila aku cakap abah kena kuat semangat, jangan putus asa, cepat sihat, abah terus menangis..time tu aku rasa bersalah sangat buat abah menangis...
Hari tu memang abah baring je atas katil..bila malam, keluarga puksu dengan mak lang datang baru abah keluar...kitorang sedih sangat tengok abah tak sihat..tapi yang buat kitorang makin sedih bile mak lang pun nangis2 pesan kat kitorang bawak abah pergi hospital..esoknye baru abah nak g hospital...abah kena tahan wad sebab dijangkiti kuman...puncanya kucing...kat rumah tu dah tak boleh bela kucing dah..huhu
Abah, cepatlah sihat, cepatlah balik rumah...nanti kita boleh pergi beraya sama-sama ye...sayang abah....