Assalamualaikum..
Minggu lepas merupakan minggu yang mencabar buat aku..huhu..mencabarlah sangat kan, cuma bawa Auni naik bas je pun..hehe...lama dah plan nak naik bas, tapi baru ni ada kesempatan..hikhikhik..Punyalah lama tak naik bas, nak p beli tiket bas pun cam terkial2, tapi tetap maintain confident je depan laki aku, kang kalau tunjuk gelabah tak dibaginye aku naik bas kang..So, malam jumaat keliwon tu aku pun g lah beli tiket bas kat Putrajaya Sentral. Dukacita tiket p JB pukul 9pagi dah abes..sadis betul, tu yang naik kat Seremban tu...
Bas Plusliner tetap menjadi pojaan hatiku dari dulu hingga kini... |
Mula2 tak nak beli tiket untuk Auni, tapi kang dak tu tak dapat naik bas lak, nak tak nak kena gak lah beli..budak2 pun beza RM6 je..huhu |
Cuba korang bayangkan, tiket bas pukul 8.30, pukul berapa aku kena gerak dari rumah ni? Yang paling penting pukul berapa pulak aku kena bangun tido?huhu..Aku terpaksa bangun pukul 5.45 pagi. Sejuk wo..biasa aku bangun pukul 6.30 je...mana maunye bangun pepagi buta. Kesian kat Auni, kena mandi pukul 6.20 pagi. Nasiblah nak, nak balik kampung punya pasal...Tepat pukul 7 pagi kami dah bergerak ke Seremban.
Sempat sarapan semua, tapi masih konfius gak sebab dulu naik kat Terminal 2, la ni naik kat Terminal 1 lak..bas pulak tu lum sampai lagi..Kalau tak sampai2, memang sah2 aku dah salah terminal..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, bas pun sampai, aku pun tak delah ketinggalan bas. yang paling seronok dapat naik bas ni tentulah Auni. Penumpang lain semua senyap je, dia sorang duk membebel2 dalam bas, dah la suara kuat..hehehe..tapi berjaya gak aku tidurkan dak tu....
nampak tak nyenyaknya dak kecik ni tido.. |
bagus gak belikan dak ni seat, takdelah sempit duk dalam bas.. |
Sepanjang 3 jam lebih perjalanan tu, Auni tido je..dah nak sampai baru dia bangun..baik anak mama ni...lepas ni kita cuba transport lain pulak ye..hehe
p/s : bila bawak anak kecik ni, ramai betul tawarkan bantuan, nak tolong angkat beg la, tolong bagitau driver mana nak turun, tapi ada gak yang tak pasal2 kena tolong pegangkan botol susu Auni..hehehe