Friday, 7 September 2012

Akhirnya keluar sudah....

Semalam adalah detik bersejarah bahagia buat kami sekeluarga sebab akhirnya abah dibenarkan keluar wad setelah 18 hari ditahan di wad..cian abah, dari raya ke-2 sampai lah semalam, baru doktor bagi keluar..tak dapat g beraya, pakai baju raya, makan kuih raya,semua yang ada perkataan raya abah tak dapat buat...huhu

Alhamdulillah, abah dapat keluar jugak tapi kaki abah masih bengkak lagi..agaknya doktor tu pun dah tak sampai hati tengok abah, tu yang bagi keluar tu..hehe...Sempena pengeluaran abah dari wad (teruk sangat bahasa aku ni..huhu) mak & abah telah merancang untuk mengadakan open house kesyukuran..hehe..yelah, abah kan tak raya tahun ni, tu yang nak buat tu...semua adik-beradik, saudara-mara, sepupu sepapat, kawan2, jiran adalah dijemput hadir bagi memeriahkan open house tersebut yang akan berlangsung pada esok malam..seronok kan??dapat makan banyak lagi...hikhik..

Tapi sayang seribu kali sayang aku dan lakiku tak dapat balik kampung esok...uwwwwaaaaaaa.....tapi nak buat macam mana?kitorang baru je balik kampung minggu lepas, laki aku lak kerja esok..memang tak dapat lah kami nak balik kampung...huhu...

Mula-mula cam tak sampai hati nak bagitau kat abah, tapi nak tak nak kena bagitau gak..Pepagi ni aku dah tepon abah dan meminta maaf sempena hari baik bulan baik ni ketidakhadiran kami berdua..abah aku agak sedih kitorang tak dapat balik tapi nak buat lagu mana, pencapaian harus diutamakan...hahaha

Apa pun, aku harap majlis open house esok akan berlangsung dengan jayanya dan aku dah bagi warning pesan kat abah aku, tak yah g kebun nak jaga lembu lagi, pandailah lembu tu jaga diri sendiri (bley ke macam tu?)hehe


p/s : masih menunggu open house moos & leha...huhu

6 comments:

Cik Fara said...

dan masih menunggu open house liana jugakkkk

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

setuju ra...raya tinggal 10 hari lg..huhu

LiaNa YuSoF said...

eh, aku da mention awal2 kan tak wat open house..

dan aku menunggu undangan open house rumah moos, leha, wana, timah, dan fara.. fara xpenah ajak kita datang rumah dia kan.. raya pon takpernah.. jadi, kita serbu rumah fara je la.. rumah aku korang da selalu pegi, dah jemu dah, bkn dpt makan ape pon.. hak3..

wanna binik pak aji said...

alhamdulillah dah kuaq, insyaallah kalau ada balik jb lagik, nak singgah rumah ang p tgk ayah ang, hari tue tak dan nak tgk, sbb kejar masa nak balik kl

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

li2 : ni jwpn muktamad ni li?betul ni xwt openhouse ni?hehe

wana: ha, tulah, aku pn xtw ble blk kg lagi..kelas nk mule dah..lmbt lg kot dpt blk..huhu

LiaNa YuSoF said...

MUKTAMAD! hahahaa...