Thursday, 24 April 2014

Otai Masih Berbisa

Salam semua,

wah, suka betul aku duk tulis pasal program realiti ni ye..hari tu The Band, la ni Kilauan Emas lak.  Walau pun umur belum lagi berkilau ke tahap emas tapi aku tetap suka tengok rancangan Kilauan Emas ni.  Aku rasa tahun ni banyak betul peserta yang berbakat sangat lebih-lebih lagi peserta lelaki.

Musim kali ni pun ada penglibatan peserta cina dan india..Sangat 1 Malaysia kan?  Dari dia punya uji bakat, ke top 10 tiap edisi sampailah ke 13 finalis semua aku tengok.  semangat aku tengok cam tengok AF lak..hehe

Semalam telah berlangsungnya Konsert Pertama Kilauan Emas.  Untuk  minggu pertama ni, semua peserta di beri kebebasan untuk menyanyikan lagu pilihan mereka sendiri.  Untuk pengetahuan korang, ada gak penyanyi yang dapat masuk KE ni.  kenal tak Renggo dari kumpulan Arrow?dari masa ujibakat lagi aku duk fikir, siapa dia ni.  Guna nama Zain, tapi suara memang biasa dengar, rupa-rupanya Renggo.  Suara dia masih berbisa macam dulu..best2.

Bagi aku, kalau ikut persembahan semalam aku suka dengan Nordin, Zain (Renggo), Nas dan Ben.  Semua peserta lelaki nampaknya.  Peserta perempuan 'sedang-sedang' saja..huhu..kalau nak tahu lebih lanjut, sila lah layari laman web ni Astro Gempak.  Jangan lupa ye tengok Konsert Kilauan Emas  setiap hari Rabu jam 9.30 malam.


p/s : mungkinkah bila aku dah tua nanti aku akan masuk rancangan sebegini?huhuhu

Wednesday, 23 April 2014

Riang Ria di Hujung Minggu

Salam semua,

Ahad lepas sesi menghiburkan hati..rancangan asal nak g PD, nak bawak Auni main pasir, tapi akhirnya tukar rancangan lak sebab aku tak nak mandi laut disebabkan kedatangan bulan..huhu (kan darah tak keluar masa mandi laut??)

Maka, kami bergerak lah ke Alamanda.  Jam 11.15 dah sampai..awal tak awal?huhu..apa je aktiviti nak dibuat di Alamanda ni?  Nak g karox, cam tak sesuai lak nak bawak Auni..ada yang kena nyanyi tak pakai microfon gamaknya..hehe

Jadi kami amik keputusan nak tengok wayang..Bersemangat nak tengok cerita Rio 2..ni kali ke-2 Auni tengok wayang.  Dulu tengok cerita Sejoli, aman je..Auni tidur sepanjang cerita..la ni, jangan harap la..cerita Rio ni dah la ada lagu2, nyanyi2.  kemain ligat lagi dak Auni ni berjoget.  Tak nak duduk, nak berdiri sambil berjoget..Duk menjerit la..aduyai..nasib baik lah ramai gak budak dalam panggung tu.  Tak la ketara sangat suara Auni..huhu

Habis tengok wayang kami masuk tempat main game depan bowling tu.  lama tak masuk.  Membanggakan bila aku tak main apa-apa game pun, bagi laluan pada Auni lak main..huhu


Beria kan Auni?ada yang jadi drifter gamaknya..huhu..


p/s: terasa berharganya waktu hujung minggu bila bersama keluarga kan?

Thursday, 10 April 2014

The Band

Assalamualaikum..
Cuma nak kongsi 1 program realiti terbaru Astro iaitu The Band.  Program ni beza sikit la dari program realiti sebelum-sebelum ni sebab tujuan dia nak tubuhkan kumpulan pop lelaki dan wanita bertaraf antarabangsa..

Soalan yang mula2 keluar dari mulut aku ni, "nama rancangan The Band, tapi kenapa tak ade yang main drum ke gitar ke.." hurm, tapi soalan tu mati kat situ jela tanpa dapat apa-apa jawapan pun..(nak jawapan p la tanya Astro).

Dah 3 episod aku tengok, so far best gak The Band ni.  Aku tengok peserta perempuan yang masuk The Band ni suara diorang biasa2 je, cuma kelebihan diorang pandai menari kot..tapi, peserta lelaki dia banyak yang berbakat.  Tetibe aku rase nak masuk The Band ni..jom lily, wana, tina, leha, moos..hehehehe

nak tahu lebih lanjut?  Baca kat Astro Gempak


p/s : dulu nak masuk Raja Lawak, tapi sampai ke sudah tak masuk2..leha la ni..hehehe

Friday, 4 April 2014

hepi besday papa

Salam,
dah lama kan tak update blog?  agak bz dengan uruskan fail-fail lama yang menimbun tu, dengan kelas UiTM yang dah mula, dengan bos baru lagi..macam2 benda nak buat..xpelah, tolak tepi jap benda2 tu, nak citer pasal besday lakiku lak..hehe

Tiap-tiap tahun, bila tiba je besday laki aku, mulalah aku duk gelabah cari idea nak surprise la konon..Plan asal nak buat delivery coklat, tapi last minute tukar idea lak..nak buat Candle Light Dinner.  tapi nama pun idea last minute kan, xdapatlah restoran tu buat sebab dia perlukan 3 ari sebelum =( Jadi, akhirnya cuma dapat dinner tanpa candle je..huhu

7 mlm - standby matikan lampu, keluarkan kek cuma belum bakar lilin je..tunggu punya tunggu tak sampai2, kata dah gerak balik.  Rupa-rupanya ada xcident da, tu yang sampai lambat.

7.40 mlm - aku dah nampak kelibat orang kat pintu, berdesup g dapur, bakar lilin dan diri belakang pintu.  Auni pun tunggu kat pintu sebab dak ni memang tiap ari tunggu papa dia kat pintu..huhu

"hepi besday to you.. 2x,
 hepi besday to papa
 hepi besday to you.."

masa ni muka laki aku terkejut sangat..suka betul aku dapat terkejutkan dia..hehe..dia nak mandi dulu baru potong kek, tapi aku terus ajak potong kek sebab aku dah lapar, semalam aku puasa..huhu
kek ni 3 layer, bawah sekali biskut, tgh2 cheese, atas coklat..sedap giler..

auni pun nak potong gak..dulu time besday die nangis2 suh potong kek..hehe

8 mlm - gerak p Bangi, duk terpusing2 cari parking nampaklak kereta Naza Suria kaler merah. hurm, cam kenal je..yang peliknye, time aku sampai kereta ni ada, time nak balik pun ada lagi..betul punya makan besor tuan empunya kereta ni..hehe

8.40 mlm - sampai lah di sini 
sumber : google
Tempat ni memang cantik sangat, suasana pun romantik, siap pasang muzik lagi cuma kat sini tak provide baby chair.  tu lah yang buat tak romantiknya bila dak Auni nak pegang itulah, inilah, nak jalan lah..aku yang risau..kang pecah kena ganti lak..huhu..layan gambar jelah ye..


tengok, baru sampai dah tarik alas meja..mula2 ada stand tulis nama aku, terus aku suh amek sebab takot auni jatohkan..huhu

sempat amek gambo ni je sebab depan mata..hehe

aku amek set ni
starter tak tau  nama : biskut + cream + salmon & strawberry

mushroom soup dia sedap, lain dari yang lain, tapi aku tak dapat abeskan sebab Auni tak nak duk diam..ish

Main course : salmon baked (aku) roasted lamb (hubby)
gambar dessert aku tak sempat amek sebab dah kelam kabut makan..kedai nak tutup dah. aku pilih pavlova + hot choc cupcake.  aku suka kedai makan ni sebab tempat dia cantik, English style, fine dining, pas abes makan, dia angkat pinggan, hidang makanan seterusnya, tapi tulah, tang dessert and coffee tu tak sempat angkat pinggan sebab aku tak abes2 makan main course lagi..

Akhirnya, pukul 10 malam kitorang pun gerak balik.  Laki aku memang kenyang la, semua abes dia makan, aku je yang lapar, sup tak abes, ikan tak abes, dessert pun tak abes..semua salah Auni..uwaaa....

Komen laki aku : kalau dia, tak kan pilih tempat ni sebab dia rasa segan dan kekok dengan layanan2 ni..hehe..tapi dia enjoy sebab makanan  sedap..



p/s : so, pasni tak bley bawak Auni p tempat cmni,kita duk mah jela..huhu