Thursday 24 April 2014

Otai Masih Berbisa

Salam semua,

wah, suka betul aku duk tulis pasal program realiti ni ye..hari tu The Band, la ni Kilauan Emas lak.  Walau pun umur belum lagi berkilau ke tahap emas tapi aku tetap suka tengok rancangan Kilauan Emas ni.  Aku rasa tahun ni banyak betul peserta yang berbakat sangat lebih-lebih lagi peserta lelaki.

Musim kali ni pun ada penglibatan peserta cina dan india..Sangat 1 Malaysia kan?  Dari dia punya uji bakat, ke top 10 tiap edisi sampailah ke 13 finalis semua aku tengok.  semangat aku tengok cam tengok AF lak..hehe

Semalam telah berlangsungnya Konsert Pertama Kilauan Emas.  Untuk  minggu pertama ni, semua peserta di beri kebebasan untuk menyanyikan lagu pilihan mereka sendiri.  Untuk pengetahuan korang, ada gak penyanyi yang dapat masuk KE ni.  kenal tak Renggo dari kumpulan Arrow?dari masa ujibakat lagi aku duk fikir, siapa dia ni.  Guna nama Zain, tapi suara memang biasa dengar, rupa-rupanya Renggo.  Suara dia masih berbisa macam dulu..best2.

Bagi aku, kalau ikut persembahan semalam aku suka dengan Nordin, Zain (Renggo), Nas dan Ben.  Semua peserta lelaki nampaknya.  Peserta perempuan 'sedang-sedang' saja..huhu..kalau nak tahu lebih lanjut, sila lah layari laman web ni Astro Gempak.  Jangan lupa ye tengok Konsert Kilauan Emas  setiap hari Rabu jam 9.30 malam.


p/s : mungkinkah bila aku dah tua nanti aku akan masuk rancangan sebegini?huhuhu

No comments: