Wednesday, 23 April 2014

Riang Ria di Hujung Minggu

Salam semua,

Ahad lepas sesi menghiburkan hati..rancangan asal nak g PD, nak bawak Auni main pasir, tapi akhirnya tukar rancangan lak sebab aku tak nak mandi laut disebabkan kedatangan bulan..huhu (kan darah tak keluar masa mandi laut??)

Maka, kami bergerak lah ke Alamanda.  Jam 11.15 dah sampai..awal tak awal?huhu..apa je aktiviti nak dibuat di Alamanda ni?  Nak g karox, cam tak sesuai lak nak bawak Auni..ada yang kena nyanyi tak pakai microfon gamaknya..hehe

Jadi kami amik keputusan nak tengok wayang..Bersemangat nak tengok cerita Rio 2..ni kali ke-2 Auni tengok wayang.  Dulu tengok cerita Sejoli, aman je..Auni tidur sepanjang cerita..la ni, jangan harap la..cerita Rio ni dah la ada lagu2, nyanyi2.  kemain ligat lagi dak Auni ni berjoget.  Tak nak duduk, nak berdiri sambil berjoget..Duk menjerit la..aduyai..nasib baik lah ramai gak budak dalam panggung tu.  Tak la ketara sangat suara Auni..huhu

Habis tengok wayang kami masuk tempat main game depan bowling tu.  lama tak masuk.  Membanggakan bila aku tak main apa-apa game pun, bagi laluan pada Auni lak main..huhu

video

Beria kan Auni?ada yang jadi drifter gamaknya..huhu..


p/s: terasa berharganya waktu hujung minggu bila bersama keluarga kan?

3 comments:

Ifa said...

hehe..comel je auni.. minyk x tekan smpai ke sudh la x smpai2 auni oii.. hihi

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

hahaha...auni cm mak dia, boleh action je..tp xbley bwk kete pun..huhu

zal88 said...

tu 1 hal la minyk tekan..pstu pndg screen pun gitu2 je goyang stereng je lbih..hehe