Assalamualaikum...
Alhamdulillah, 9 Disember 2014 genap 2 tahun anak mama. Rasa sekejap je dah 2 tahun. Banyak perubahan dah jadi selama setahun ni. Auni dah boleh jalan, boleh berlari, mula-mula tak nak cakap sangat, sekarang dah mula ikut-ikut cakap kita..dah pandai tiru perbuatan kita, pandai cakap taknak dah..hehe..
Maafkan mama ye Auni, dulu mama selalu jeles tengok anak orang lain baik je, pandai baca doa la, dah kenal huruf, nombor, macam-macam lagi tapi anak mama =( Papa selalu cakap kat mama, jangan bandingkan anak orang dengan anak kita..semua budak-budak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kan?Barulah mama mula belajar menerima kenakalan anak mama ni..hehe..Hj Lokman pun pernah cakap, anak-anak yang aktif ni bijak..Auni pun macam tu..
Tahun ni kita sambut besday bertiga je..Mama, Papa & Auni. Nak buat macam mana, kita tak dapat balik kampung. Tahun lepas kek sampai 2 tahun ni 1 pun takde..hehehe..kita pergi jalan-jalan sampai terlupa nak beli kek..Kalau tahun lepas Auni dapat hadiah khemah..tahun ni sebab anak dara mama ni dah besar, kami hadiahkan tindik sekali dengan anting-anting..hehe..
Pening jugak cari tempat tindik telinga ni. Di Alamanda orang kedai emas tu tak berani nak tindik, dia cakap Auni kecik lagi. Dia suruh tunggu 5 tahun baru tindik..takdelah mama Auni ni nak tunggu sampai 5 tahunnye..Jadi kami gigih cari dekat Metro Kajang pulak..pergi Poh Kong pun sama, orang kedai tu tak nak tindikkan..kecik lagi katanya..huhu..cari lagi..akhirnya jumpa gak kedai yang sudi menindikkan telinga Auni..hehe
Ni time baru nak keluar rumah..mood masih baik.. |
Ni nak balik rumah lepas jalan-jalan kat IOI..mood dah baik dah.. |
Sampai rumah Auni diri depan cermin sambil pusing-pusing kepala dia..nampak lain agaknya..hehe..tapi memang Auni tak bagi pegang pun telinga dia..kita tanya mana telinga pun taknak tunjuk dah..hehe...tak sabar mama nk tunggu sebulan lagi, nak tukar anting-anting emas lak..Apa pun, mama & papa nak ucapkan "Selamat Hari Lahir Sayang" moga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang solehah dan moga keluarga kita bahagia hingga ke syurga..Sayang anak mama!!!
p/s: murah je tindik telinga ni. RM15 je sepasang siap dapat anting-anting tapi bukan emas la..la ni harga emas RM142/gram..mai pakat beli emas..hehe
3 comments:
as usual, aku lupa lagi tarikh besday auni... huhuhu...
alahai auni.. kesian laa.. aunty selalu lupa besday auni.. xpe, nanti aunty letak reminder kt enpon.... huhu..
happy belated birthday auni... semoga jadi anak yang solehah, bijak, disayangi ramai... hehehe..
a'ah la ak pun lpe,pdhl 9 tu igt da..selang 1bulan dari ak..hehe..ape2 pun heppy belated besday auni..xelok tau mama ni banding2kan ngn anak org lain kn..
hehe...tq auntie lily n auntie leha..
Post a Comment