Wednesday, 28 January 2015

Aktiviti Waktu Malam

Assalamualaikum...
Hati berbunga2 sebab tu sibuk nak update blog..huhu..saja nak kongsi cerita pengalaman manis sangat semalam..semanis kurma..hahahaha..Sebenarnya tak adalah manis sesangat sampai kena potong kaki tu..ni manis-manis buah je..maklumlah, kelmarin aku merajuk dengan lakiku sebab balik lambat, jadi semalam untuk memujukku, laki aku balik awal nak ajak jalan2 kat Alamanda. tu je pun, tapi aku punya suka..huhu..  Kitorang duk kat Alamanda tu sampai Alamanda buat announcement nak tutup..huhu..Sebelum balik rumah tu kitorang singgah kat Dataran Masjid Putra.

Semalam 1st time aku bawak Auni g main dekat Dataran Masjid Putra tu..happening jugak kat situ waktu malam..Macam-macam aktiviti boleh buat.  Main basikal, roller blade, kereta control, scooter pun ada. Untuk percubaan pertama kitorang sewa kereta control dengan scooter je..Aku teringin nak main roller blade tapi memandangkan aku langsung tak pandai, takut lak aku nak try..takut jatuh sakit demam pulak dah..huhuhu

Pada pendapat aku la, boleh pergi beriadah kat dataran masjid tu tapi seminggu sekali je kot..kalau hari2 mau pokai..Baru tak sampai sejam aku dekat dataran tu dah habis RM40..huhu :
  • Kereta Control - RM20 (40 minit)
  • Scooter budak2 ( tapi orang dewasa yang naik) - RM10 (20 minit)
  • Buih2 - RM5 (semangkuk)
  • Lampu - RM5

Tu nasib baik kitorang tak jumpa orang jual air..kalau tak tambah lagi kos..hehehe...Ape pun, bagi aku seronok la g situ semalam..boleh hilangkan stress..mau taknya, asyik ketawakan orang yang jatuh main roller blade..makin kuat perasaan aku tak nak main roller blade..takut orang ketawakan..hehehehe

p/s: Jom kawan2, berjemaah kita beriadah kat dataran masjid jom....

Monday, 19 January 2015

Anugerah Juara Lagu 29

Assalamualaikum semua...
Excited betul, pagi-pagi nak update pasal AJL29..hehe..tahun ni finalist yang bertanding hebat2 semua..rasa rugi kalau sesiapa yang tak berkesempatan nak tengok..hehe..bagi aku yang macam pelik sikit bila time sampaikan hadiah takde panggil sesape tolong sampaikan..agaknya tak cukup masa kot..Persembahan yang aku suka ofcoz la Dayang Nurfaizah, Shila Hamzah, Mojo ft Caliph Buskers, Joe Flizzo ft SonaOne..ish, banyak lagi la yang aku suka..

Subhanallah, kuasa tuhan...penyanyi Caliph Buskers (Azmi) mempunyai suara yang betul2 sedap..Allah tu maha adil kan?  Dia tarik satu nikmat, Dia bagi pula nikmat yang lain..Tergamam, terkedu, terharu dan macam2 ter lagi la bila dengar dia nyanyi..

Nak tau ramalan aku untuk AJL29 ni?  Bagi aku, yang akan dapat sangkut no. 1, 2, 3 antara Joe Flizzo / Dayang Nurfaizah / Hafiz Suip dan vokal terbaik antara Dayang / Hafiz..aku pilih Joe Flizzo sebab aku rasa lagu dia simple tapi jujur dan ikhlas, Dayang lak aku rasa sebab lagu tu sendiri memang menikam kalbu ayat dia..Hafiz sebab lagu tu sedap dan lagu favourite anak aku..haha...tapi kusedar, aku bukan juri professional yang tau menilai kehebatan sesebuah lagu tu...huhu...nak tahu pemenang sebenarnya?  nindiaaa :

Anugerah Juara Lagu : Apa khabar - Joe Flizzo ft SonaOne 
No. 2 : Masih Aku Cinta - Shila Hamzah
No. 3 : Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah 
Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah
Persembahan Terbaik : Mojo ft Caliph Buskers

Tahniah buat semua pemenang dan tahniah juga buat Edry Abdul Halim yang menjumpai bakat luar biasa ni..moga lepas ni Edry nak buat single untuk Caliph Buskers..sayang bakat yang ada ni kan?  Ok lah, boleh sambung buat kerja..tataaa.....

p/s: bersemangat aku nak bekerja hari Isnin sebab nak update pasal AJL29 ni..hehehe

Monday, 12 January 2015

Tahun Baru Buku Baru

Assalamualaikum....
Selamat tahun baru kawan-kawan..makin lama makin teruk tahap kemalasan aku nak tulis di blog.  Agaknya sebab sibuk tulis kat kertas je..merepek panjang berjela mudah-mudahan aku lulus lah semua paper..huhu

Selamat datang 2015 dan selamat tinggal 2014.  Moga setiap yang terjadi di tahun 2014 dapat dijadikan tauladan dan moga kita semua akan berubah setapak lagi ke arah kebaikan.  Awal tahun baru ni aku memang tak ada pasang azam apa-apa.  Mungkin bila umur dah semakin meningkat ni aku rasa takde rasional lak nak pasang azam di awal tahun ni.  Apa je yang aku terniat nak buat akan aku cuba tunaikan tak kira la awal ke tengah ke hatta akhir tahun sekalipun.

Buat masa ni yang aku terniat nak jadi insan yang lebih baik dari sebelum ni..niat dah lama tapi nk berubah tu tuhan saja yang tahu susahnya.  Apa lagi yang aku niat ea?  Insyaallah nak habiskan belajar tahun ni gak.  Jadi tahun depan boleh konvo berjemaah dengan tina n sophia.  Insyallah bila dah grad nak mohon jawatan baru, nak mohon balik johor.  Dah rasa rindu sangat-sangat nak balik Johor.  Doakan ye..

Cukuplah tu buat masa ni..kalau niat benda baik dah dapat pahala kan?  Jom lah sama-sama niat benda baik dan mudah-mudahan dapat tunaikan apa yang kita niatkan tu..Amin...

p/s : bila tengok orang lain mengandung anak ke-2 tetiba rase rindu nak mengandung gak tapi..huhuhu