Monday 19 January 2015

Anugerah Juara Lagu 29

Assalamualaikum semua...
Excited betul, pagi-pagi nak update pasal AJL29..hehe..tahun ni finalist yang bertanding hebat2 semua..rasa rugi kalau sesiapa yang tak berkesempatan nak tengok..hehe..bagi aku yang macam pelik sikit bila time sampaikan hadiah takde panggil sesape tolong sampaikan..agaknya tak cukup masa kot..Persembahan yang aku suka ofcoz la Dayang Nurfaizah, Shila Hamzah, Mojo ft Caliph Buskers, Joe Flizzo ft SonaOne..ish, banyak lagi la yang aku suka..

Subhanallah, kuasa tuhan...penyanyi Caliph Buskers (Azmi) mempunyai suara yang betul2 sedap..Allah tu maha adil kan?  Dia tarik satu nikmat, Dia bagi pula nikmat yang lain..Tergamam, terkedu, terharu dan macam2 ter lagi la bila dengar dia nyanyi..

Nak tau ramalan aku untuk AJL29 ni?  Bagi aku, yang akan dapat sangkut no. 1, 2, 3 antara Joe Flizzo / Dayang Nurfaizah / Hafiz Suip dan vokal terbaik antara Dayang / Hafiz..aku pilih Joe Flizzo sebab aku rasa lagu dia simple tapi jujur dan ikhlas, Dayang lak aku rasa sebab lagu tu sendiri memang menikam kalbu ayat dia..Hafiz sebab lagu tu sedap dan lagu favourite anak aku..haha...tapi kusedar, aku bukan juri professional yang tau menilai kehebatan sesebuah lagu tu...huhu...nak tahu pemenang sebenarnya?  nindiaaa :

Anugerah Juara Lagu : Apa khabar - Joe Flizzo ft SonaOne 
No. 2 : Masih Aku Cinta - Shila Hamzah
No. 3 : Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah 
Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah
Persembahan Terbaik : Mojo ft Caliph Buskers

Tahniah buat semua pemenang dan tahniah juga buat Edry Abdul Halim yang menjumpai bakat luar biasa ni..moga lepas ni Edry nak buat single untuk Caliph Buskers..sayang bakat yang ada ni kan?  Ok lah, boleh sambung buat kerja..tataaa.....

p/s: bersemangat aku nak bekerja hari Isnin sebab nak update pasal AJL29 ni..hehehe

No comments: