Monday 17 August 2015

My Ex Bosses



Assalamualaikum...

Hari ni merupakan Hari Ulang Tahun Ke-7 berkhidmat sebagai Penjawat Awam (Setiausaha Pejabat).  Rasa kejap je masa berlalu, tu yang nak imbas balik bekas-bekas bos aku..hehe..

Mula-mula lapor diri aku ditempatkan di Kementerian Kesihatan.  1st day lapor diri di BKP, KKM aku rasa nak berhenti kerja.  Bos aku ni orangnya tegas, garang, badan besar, suara besar, tak pandai nak bergurau2 dengan staf dia, umur sebaya abah aku.  Kenangan pertama yang aku tak boleh lupa bila aku kena baca Aku Janji Penjawat Awam tu depan dia.  Time aku baca tu dia siap cakap nak baca benda penting kenapa tak baca bismillah.  Nasib baik dia tak suruh aku berdiri sambil angkat tangan..huhu..Aku memang tersangat takut dengan bos aku ni.  Aku kerja dengan dia 3 tahun je pastu aku minta tukar.  Bukan tak tahan dengan perangai dia (kadang-kadang tak tahan jugak)  tapi tak tahan dengan kerja..huhu..Hari last masa aku nak balik kerja, nak cakap minta maaf  dengan dia, ingat mesti takde ape, tup-tup meleleh pulak air mata aku ni...haih, nampak sangat aku yang banyak dosa dengan dia, ngumpat dia je tak sudah..hehe...Aku bersyukur aku kerja dengan dia sebab aku dapat belajar banyak benda dan dia jadikan aku penjawat awam yang takut nak langgar peraturan, patuhi waktu bekerja, dapat duit raya..eh..hehe..Thanks bos..

Lepas tu aku bertukar ke UKAS pada 1 Disember 2011.  Selama 3 tahun 8 bulan aku berkhidmat di UKAS ni, dah 2 orang bos aku..1st bos aku di UKAS ni orangnya baik, umur sebaya abah aku gak, peramah, kelakar, cuma percakapan dia je tak berapa nak clear.  Kadang-kadang apa yang dia cuba sampaikan mesti aku tak berapa nak tangkap.  cam pending je..hehe.. Seksyen aku ni banyak kena kerja outstation.  Bos aku ni pulak ada gemuruh nak naik flight.  Baru dapat surat, belum naik flight lagi tapi dia punya takut..macam-macam dia fikir, cuaca tak elok la, itu lah inilah, ada 1 hari tu dia suruh aku booking flight lambat-lambat sebab nak biar tiket flight habis, so tak payah pergi...hehehe..Lama-lama bos aku ni dah tak larat nak kerja tu yang dia pencen opsyen. Dia pencen 3 Mac 2014.  Sepanjang aku kerja dengan dia, dia tak pernah marah atau tinggikan suara.  Memang bos yang sangat baik.  Thanks bos...

1 April 2014 aku dapat 2nd bos.  Umur dia awal 50an.  Gaya macam orang muda cuma rambut je putih.  Orangnya pun baik tapi aku tak berapa rapat dengan bos aku ni sebab dia suka buat kerja sendiri dan tak nak bagitahu kalau pergi mana-mana.  Agak secretive sikit, alim, tak suka bersosial dan makan-makan.  Buang masa katanya..huhu..Masa hari raya haritu, berapa kali aku kena ceramah pasal nak buat jamuan je..huhu...tapi nak buat macam mana, PA dia ni suka benda-benda camtu..hehehe...Bila dia naik pangkat aku rasa cam 'alhamdulillah' tapi bila fikir sape pulak ganti dia jadi takot pulak aku..huhu.14 Ogos 2015 merupakan hari terakhir bos aku di SPK, UKAS.  Baru 1 tahun 4 bulan aku jaga dia tup-tup naik pangkat.  Cepat betul naik pangkat, rezeki dia.  1 benda yang aku perasan, bos aku tak pernah tinggal solat Dhuha tiap2 hari.  Betullah solat Dhuha tu pembuka pintu rezeki kan...Ayat dia yang aku tak boleh nak lupa "saya nak kaya cepat"..hehe...bile orang tanya kenapa makan roti, kuih je, die mesti cakap saya nak kaya cepat..hehe..Apa pun, bos aku  ni banyak ajar bab-bab protokol.  Macam mana cara kita berurusan dengan orang atasan. Thanks bos.  

Hurm, la ni aku pun terasa-rasa nak bertukar lagi.  Nak ubah angin, cari kawan baru, belajar benda baru.  Aku aim nak pergi KPWKM kalau tak pun Kementerian Pelancongan.  Tapi kalau boleh aku nak balik Johor dulu, nak duduk dekat dengan family.  Sekarang ni terasa rindu nak duduk dengan family.  Agaknye sebab aku asyik merantau je..Tingkatan 4-5 Sekolah Teknik di Pontian, lepas tu sambung Poli di Port Dickson, habis je belajar dapat kerja kat Putrajaya...Dah sampai masa duduk dekat dengan family, boleh tengok2 mak abah..Doakan ye kawan2..

2 comments:

Unknown said...

selalu cakap "nak cepat kaya" Tips tu timah hehehe..biar pasang niat dan angan2, then usaha smpai berjaya hehe

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

kan..hehe..kata2 kan doa..kena try buat..hehe