Thursday, 29 March 2012

Nyummm..Nyumm..

Tiba-tiba aku terliur kat makanan...aku nampak gula2 pun dah rasa bernafsu berselera...Tadi aku dengar dak ofis aku ni duk mengunyah kacang 'krup..krap..krup..krap..' rangupnya, terus aku tertelan air liur..(ter tau) cian kan aku..huhu

Aku ni tiap kali posa camni la rupenya..cam budak2 kecik baru nak belajar posa lak ai..Tulah, salah diri sendiri.. Semalam dah beria2 set alarm kul 5.30 (jam aku cepat 10 minit, kengkonon nak bangun awal, tapi tidak memberi kesan langsung..huhu).  

Seperti dijanjikan, pukul 5.30, berkokoklah ayam kat hp aku ni..aku pun bukak mata dan berniat "sahaja aku bersahur kerana Allah taala" dan aku pejam mata aku balik..Ehh, misti korang tertanya2 aku bersahur dengan apa ya???aku telan air liur je, bley kira sahur ke tu?huhu

Ha, dek kerana sahur air liur ni lah buat aku dah rasa cam nak pengsan sebab lapo...huhu..Jadi, tuk menghilangkan perasaan aku ni, sudilah kiranya beri menu yang sedap2 tuk aku berbuka posa t...bley kan..??Apa kejadahnya baru pukul 9 dah nak cari juadah berbuka puasa ni..???hehe...Hanya bila melihat juadah2 tersebut sahaja yang boleh buat kelaparan aku ni berkurang..yela, bak orang muda2 hingga ke orang tua2   kata "tak dapat rasa, dapat tengok pun jadilah kan.."

Ok, tolong ye kawan2..bagi menu yang best2 tuk bukak posa yang bakal menyusul 10 jam lagi..huhu..Tenkiu very de much!!!

Monday, 26 March 2012

Fikir Dulu Sebelum Jawab

Aku rasa menyesal betul bagi jawapan yang boleh kira bukanlah salah, tapi tak betul semalam..huhu..Tulah tak nak fikir dulu, mulut ni kemain laju je menjawab..tapi faktor kepenatan bermain badminton semalam pun rasenye boleh diambil kira..hehe..Begini ceritanya....

Ketika sedang menonton Mentor 6 sambil berlanding atas carpet pemberian cik lily, selepas kekenyangan menelan burger ayam sepesel buatan sendirik..hehe..(bagus, pas makan baring..tips gemokkan badan ni..)

Hubby : Apa yang paling berharga yang sayang pernah dapat selama hidup ni?
Aku : Rantai emas b bagi..hehe
Hubby : Bagi b, sayang yang paling berharga yang b pernah dapat..
Aku : Errr....orang ingatkan benda...sory =(

Pastu aku rasa bersalah sangat..Nampak sangat materialnya aku...i'm sory b...huhuhu

Thursday, 22 March 2012

siLa baNtu akU

KEPADA SESIAP YANG TAHU PETUA UNTUK HILANGKAN MENGANTUK, SILA LU KONGSI LU MATI PETUA ANDA ITU KERANA SAYA BENAR-BENAR MEMERLUKAN KERANA SAYA MERUPAKAN PENGANTOK YANG TEGAR...HUHU


JASA BAIK KALIAN SANGATLAH DIHARGAI DAN SEKIRANYA SAYA BERJAYA MENGHILANGKAN KENGANTUKAN SAYA INI, MAKA SAYA AKAN MENGHADIAKAN ANDA.....


@


@


@

@


@


@


@




SEPOTONG AYAT BERBUNYI :
"TERIMA KASIH KAWAN!! U ARE MY HEROIN!!!"


p/s : Marilah beramai-ramai merebut peluang keemasan untuk mendapatkan hadiah misteri tersebut..hehe

Monday, 19 March 2012

Yang Kutunggu-tunggu

A.H.A.D. adalah hari yang kutunggu-tunggu sebab ari ahad lah aku & my hubby boleh menghabiskan masa tak lupe juga wang dengan berfoya-foya..hehe..

Semalam kitorang memang dah plan nak g belon udara panas tu dengan niat nak naik tau, bukan nak tengok saje..Jadi kitorang telah berikrar akan bangun seawal yang mungkin dan seperti yang diikrarkan kitorang pun bangun lah pukul 9 pagi..Jap2 9 pagi kira awal ke?hehe..Setelah tersedar dari lena (aceh..) kitorang sepantas kilat mandi, siap2 dan bergegas ke tempat yang dimaksudkan..

Pukul 10.30 pagi dah terpacak kat Presint 2 tu tau..Aku ingat aku tergolong dalam golongan orang2 yang datang awal, rupe2nye haram....dah ramai dah yang sampai, siap ade yang nak gerak balik daa...Tanpa membuang masa, ku pun cari cahaya mana tempat nak naik belon ni..cari punye cari sekali...

TICKET SOLD OUT

Hubbyku dah gelakkan aku...dia siap cakap, "tulah, orang dah cakap bangun awal2..hehe..."Padan dengan muka aku..melopong lah nak naik belon beso tu...Hati aku dah merajuk dah ni...rasa cam time tu gak aku nak balik rumah terus..(salah sendiri lagi nak merajuk..) Untuk memujuk hati ku ini, hubbyku ajak g karox...Hurm...muka ada senyumm...hehe..Patut semalam dah g karox, tp dak Sue ni ade hal lak ai..cancel karox aku..Aku dah buat list lagu ni, siapa nak jawab?hehe..Akhirnye kitorang telah memutuskan untuk g karox di Warta je sebab Alamanda mahal..hehe..


Gedebak!!Gedebuk!!Gedebek!!


Pukul 6.30 kitorang selamat pulang ke rumah..ha, lame tak lame kitorang g berfoya-foya (padahal dekat je..)Dari kul 10.30 pagi sampai 6.30 petang.  Tapi bukan Warta je kitorang pergi.  Kitorang ade gak melencong g tempat lain.  Berikut merupakan itinerary perjalanan kitorang semalam..hehe

10.30 - 11.30 : Belon beso yang panas
11.45 - 12.15 : Makan tengahari di Bangi
12.30 - 1.00 : Mizi Sport - Hubby belikan sport shoes tuk aku (nampak tak semangat nak bersukan..hehe)
1.15 - 3.30 : Karox, shopping, usha raket badminton..hehe
4.15 - 6.15 : Alamanda - habis RM152.35 di MPH Bookstore (Cam tak caye je..dah la aku tak suka baca buku, tapi kemain banyak habiskan duit, yang penting bukan duit aku, TQ to baucar Buku 1 M'sia..hehe)

Rumusan : Best kan kalau g berfoya-foya tapi tak payah keluarkan duit..hehe

Wednesday, 14 March 2012

~ Sudah Dapat Si Gading Bertuah, Tanduk Tak Berguna Lagi ~

Seri mahligai puncaknya menjulang tinggi
Tempat puteri bermandi cahaya bulan
Pada siapa hendak ku menumpang kasih
Menanti saat ditentukan Tuhan

Sapu tangan jatuh di tengah sawah
Terbang bersama angin yang berlalu
Luka di tangan berdarah nampak berdarah
Luka di hati tak siapa yang tahu
Merana sendiri

Nyiur gading baru hendak berbuah
Pokok senduduk tak berbunga lagi
Sudah kau dapat gading bertuah
Tentulah tanduk tak berguna lagi


Biar luluh tulang ku bercerai
Bara selautan pun sanggup kurenangi
Cintamu bagai si embun pagi
Datang sang mentari hilang tak berganti

Ini bukan lagu kecewa
Hanya pujuk hati luka
Bukan niat mengubat jiwa
Melayan hati yang lara

Ini bukan lagu kecewa
Hanya melayan asmara
Bukan niat mengubat jiwa
Melayan hati yang lara 


Ha, amik ko..punye panjang lirik lagu ni.  Tu pun aku dah kecik kan tulisan biar tak nampak panjang sangat.  Untuk pengetahuan semua, ni lagu Zapin Berkasih by Anne Hamid. Dah lame lagu ni, tapi sebab entry kali ni ade connection dengan ayat yang diboldkan di atas, tu yang xpasal2 aku cari lirik lagu ni.  Nak nyanyi penuh, memang tak terkejor tempo die..(padahal langsung dah tak ingat camne lagu ni..hehe..)

Benda ape agaknye yang dah tak berguna dah tu?hehe..nindia...


Selipar Kesayangan hamba..Jangka hayat selipar ni dah 4 tahun sebulan dua..hehe..Aku beli kasut ni masa aku belajar kat Poli PD.  Beli kat kedai kat Taman Poli ni.  Kalau tak salah aku harga dia bawah RM10.  Tengok, harga murah tapi bertahan lama tu...Dari PD bawak ke Johor, bawak ke Putrajaya, KLCC banyak tempat dah dia g.  Ke mana-mana je aku bawak dia..(tengok tapak dah tahu kan?hehe) Nak tahu tak gading bertuah mana lak yang aku dapat?Tadaaa....

Tomey tak?baru je beli semalam kat Pasar Lambak Presint 2, Putrjaya dengan harga RM10.  Belum dirasmikan lagi ni..Sayang lak ai nak pakai..Aku harap yang ni pun dapat lah bertahan lama cam selipar kesayanganku tu..

p/s : Bye2 selipar tuning..Ingat daku dalam doamu...Ku doakan ko bahagia di dalam tong sampah..hehe

Tuesday, 13 March 2012

Gembengkah Aku?

Semalam adalah hari yang sangat mensunyikannye pun..kat opis je punya ramai yang bercuti.  Bos aku cuti, 2 orang pegawai aku cuti, bos seksyen lain pun cuti.  Last2 bape ketul je yang tinggal.  Punyelah sejuk mak ai..  Almaklumlah, dah berkurangan mamalia kat sini.  Time ramai mamalia pun dah sejuk, inikan pula sikit je...  Rasa sejuk dan sunyi tu memang buat hidup aku sedih betul...huhu

Tapi yang paling buat aku sedih time aku dah balik rumah.  Semalam bermulalah kisah aku balik rumah menaiki bas dan tanpa udeku.  Masa sampai rumah dah rasa lain macam dah, tapi still bley handle lagi.  Aku masak, basuh baju pastu aku pun meninjau bilik udeku.  Masuk je bilik tu aku dah rasa sayu dah.  Entah apa yang buat aku sayu sangat pun aku tak tahu.  Aku kemas2 bilik ude pastu aku g dapur menyambung semula sesi masak memasak tu.  

Pukul 8 lebih hubby ku pun sampai.  Dia terus g dapur cari aku.  Dia baru je tengok aku, aku terus peluk dia pastu air mata aku ni duk mengalir sederas-derasnya.  Hubby ku tanya "napa ni sayang?"  Pastu aku cakap "sunyi....."  Hubby ku pun pujuk aku "Dah ea, b sayang manje"  Makin laju air mata aku dan aku pun cakap "Jangan tinggalkan orang ea"

Kemudian, aku ikut je ke mana hubby kupergi.  Aku tak tahu nape aku rasa sunyi sangat.  Mungkin sebab sebelum ni bila hubby ku lum balik keje, ude ade.  Jarang lah aku duduk rumah sorang2.  Ni bila tinggal sorang2 camni lak jadinya.  Aku cam terase-rase ade orang kt sebelah aku.  Teruk aku ni.  Tak boleh duk sorang2...humm....

p/s:  Hari ini aku akan cuba untuk tidak menangis lagi.  Tapi, tadi baru je aku citer kat dak opis aku, air mata aku ni dah bergenang..Aduyai, dasar gembeng...huhu

Wednesday, 7 March 2012

tiga *** setengah

Dapat tangkap tak ape tajuk yang aku tulis tu?tak dapat?benda senang pun tak dapat tangkap..kih..kih..

tiga = 3
*** = bintang
setengah = 1/2

ha, dah paham dah?tapi ape yang 3 bintang 1/2 tu ye?ni ha, malam tadi adalah malam yang best sebab ape?sebab my hubby balik awal setelah beberapa hari balik lewat je....hehe..jgn berfikiran kuning atau yang sewaktu dengannye ye..malam tadi my hubby balik awal, jadi kitorang dapat lah g tengok wayang setelah sekian lama tak g..

Mule2 ingat nak g pasar lambak je...tapi sebab keinginan untuk menonton wayang together2 yang melonjak2 sangat, maka kami pun bergerak lah ke alamanda. (kami tu merujuk kepada aku, my hubby & ude ku) filem bertuah yang kami pilih adalah.....


Nampak tak?sory la..tak bape nak clear lak gambar ni..almaklumlah..tangan getaq na...hehe..Kami tengok cite Adnan Sempit 2.  Kami sampai Alamanda pukul 9pm, tiket lak kul 9.30.  Kami hanya ada 1/2 jam sahaja untuk memenuhkan ruang perut kami yang sudah berdondang sayang...Nak g RASA, tutup lak ai..Aku tak tahu ape yang diorang nak renovate sangat tu.  Sampai bulan Mei nanti baru bukak tu...Lame wo....

Last2 kitorang beli jela makanan ringan2 kat wayang tu seperti :

Popcorn = 1 kecik 1 beso
Mashed Potato = 1
Corn-in-cup = 1
Chicken Nugget = 1 Large
Chicken Meat Ball = 1 Large
Hot milo = 2
Pepsi = 1

Bley tahan banyak gak kitorang beli kan?tengok jugak lah harga die bape..total semua RM46.70...huhu..cam makan nasi kt restoran seafood lak ai..huhu..Nasib baik kenyang gak.  Naik cramp la rahang ni duk mengunyah sebelum dan semasa tengok Adnan Sempit tu tapi still tak bley habis gak..huhu.. Sehingga ke scene yang terakhir, Chicken Nugget tu berbaki 1, Chicken Meet Ball berbaki 5, dan Pop Corn yang beso berbaki separuh.  Dah sepenuh tenaga tu nak menghabiskan semua makanan, tapi malangnya kami masih tidak berjaya..Betul2 pembaziran.....

Pasal makan dah abes cite dah, pasal 3 bintang 1/2 tu tak start lagi..huhu..Aku bley bagi 3 bintang 1/2 je kat cite tu.  Bukan cite tu tak best, cite best, kelakar, tapi agaknye sebab ni cite sambungan, pastu cite yang 1st dulu pun siap buat drama bersiri lak, jadi macam dah bosan kot.  Cite die memang kelakar, tapi dari 1 babak yang kelakar ke babak yang kelakar seterusnya tu agak lambat.  Aku tertunggu2 lak..Tapi walau bagaimanapun, cite ni TAK BUSUK bro..aceh, dah cam juri Raja Lawak lak..hehe..

p/s : Bawak2 lah gi tengok filem tempatan kite ye.  Se tiket wayang (xtahu nak tulis sebuah ke, sebiji ke, sebatang ke) lebih mahal dari beli filem kat astro first.  Tapi takpelah yang penting sokonglah filem tempatan kite.  Pesanan ini dibawa khas oleh Mrs Mamiko...huhu

Friday, 2 March 2012

1 Malam Takde Asap

Korang pernah tak dengar filem / drama tajuk dia '1 malam kubur berasap'?  Aku rasa macam pernah dengar tapi aku tak pernah tengok lagi.  Walau pun aku tak pernah tengok, tapi aku rasa citer tu tak bley lawan citer '1 Malam takde asap' yang aku nak citer ni...hehe..Citernye sikit lebih kurang macam ni la...

Pelakon :
Aku, Laki ku, K.ina, Cikgu Shahnan, Haikal & Adik k.ina

Lokasi :
Rumah Kak ina

Sinopsis :
Malam tadi aku dah plan nak g rumah k.ina.  Yela, hari ni hari last dia kat sini, malam ni dia nak balik Kedah..Sedihnya, seorang lagi telah pulang ke kampung halaman.  Bila la turn aku..huhu..Aku memang dah paksa k.ina masak..(sebab aku malas nak makan kat rumah + malas nak masak..hehe)  Aku mintak k.ina masak sedap2 dan mengenyangkan.  (aku dah spare perut tuk makan kt mah k.ina).  Nak dekat kul 8 aku pun gerak la g rumah k.ina..tapi sebelum tu, aku duk pk nak beli satay ke nak beli KFC ye?  Yela, aku dah la tak bagi hadiah, takkan lah nak datang berlenggang je kan?  Perut memang dah tentu2 kosong, takkan tangan pun nak kosong gak..last2 aku beli la KFC Bucket yang baru tu..ade 6 ketul ayam + potato wedges, pastu aku tambah cheese..Aku sampai kat rumah k.ina dah kul 9pm.  Duduk2 jap, borak2 pastu k.ina ajak makan (xtvt yang ditunggu2..hehe) Aku makan banyak malam tu sebab k.ina memang pandai masak.  Dia masak pasta linguine + wedding cake + sandwich + air yg sedap..Aku makan pasta tu 3x menandakan punyalah sedap tak terkata.  Korang tahu tak pasta linguine tu yang mane?ni aku tunjuk gambar dia ea...

Aku sebenarnye tak tahu pun nama die cmtu, bile aku tanye k.ina, barulah die pun tak tahu..hehe..ni aku search kt pok cik google je..hehe..

Cuba korang teka aku duk lepak rumah k.ina sampai pukul berape?kul 11?kul 12?oh tidak...aku bermalam kt rumah k.ina.  Yela, lepas ni kan dah tak jumpa kan..tu yang duk borak sampai pagi tu....

tetttt....

aku tipu...hehe..orang ade rumah, buat ape la nak tido rumah orang lain pulak. hehe...aku stay kat rumah k.ina sampai pukul 11.30 je..pastu kitorang pun berpisah jua...cewahh..hehe..

Moral :
Aku rasa sedih sangat bila k.ina nak balik Kedah.  K.ina tu dah macam akak aku dah.  Dia sangat2 best dan baik & of coz aku sayang giler kat dia..Untung kan aku dapat kawan semua yang baik2 & best!!!

p/s : Agak2 korang ada tak aku sebut apa2 pasal asap? tak de kan?so, kira ada connection la kan tajuk dengan cite?hehe