Thursday, 29 March 2012

Nyummm..Nyumm..

Tiba-tiba aku terliur kat makanan...aku nampak gula2 pun dah rasa bernafsu berselera...Tadi aku dengar dak ofis aku ni duk mengunyah kacang 'krup..krap..krup..krap..' rangupnya, terus aku tertelan air liur..(ter tau) cian kan aku..huhu

Aku ni tiap kali posa camni la rupenya..cam budak2 kecik baru nak belajar posa lak ai..Tulah, salah diri sendiri.. Semalam dah beria2 set alarm kul 5.30 (jam aku cepat 10 minit, kengkonon nak bangun awal, tapi tidak memberi kesan langsung..huhu).  

Seperti dijanjikan, pukul 5.30, berkokoklah ayam kat hp aku ni..aku pun bukak mata dan berniat "sahaja aku bersahur kerana Allah taala" dan aku pejam mata aku balik..Ehh, misti korang tertanya2 aku bersahur dengan apa ya???aku telan air liur je, bley kira sahur ke tu?huhu

Ha, dek kerana sahur air liur ni lah buat aku dah rasa cam nak pengsan sebab lapo...huhu..Jadi, tuk menghilangkan perasaan aku ni, sudilah kiranya beri menu yang sedap2 tuk aku berbuka posa t...bley kan..??Apa kejadahnya baru pukul 9 dah nak cari juadah berbuka puasa ni..???hehe...Hanya bila melihat juadah2 tersebut sahaja yang boleh buat kelaparan aku ni berkurang..yela, bak orang muda2 hingga ke orang tua2   kata "tak dapat rasa, dapat tengok pun jadilah kan.."

Ok, tolong ye kawan2..bagi menu yang best2 tuk bukak posa yang bakal menyusul 10 jam lagi..huhu..Tenkiu very de much!!!

2 comments:

Cik Fara said...

selamat berbuka...

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

tq rara..menunya ape?hehe