Assalamualaikum.........
Kehadapan pak cik yang jauh di mata, jauh lagi di hati. Ape kabo pak cik di sana? Saya harap pak cik dalam keadaan sihat hendaknya. Nak mendoakan pak cik sakit, tak sampai hati lak,walaupun sakit betul hati saya kat pak cik.
Pak cik,
Sampai hati pak cik buat saya sekeluarga macam ni. Pak cik tahu tak betapa sakitnya hati saya bila saya dapat kad kawin saya tu. Sebelum dapat saya dah rasa sakit hati dah, ingatkan bila dah dapat, berkuranglah sakit hati saya ni, tapi rupa-rupanya pak cik hanya mencurah air perahan limau di luka saya.....(bukan senang saya nak berpujangga tau)
Pak cik,
Masih ingatkah pak cik masa mula-mula saya menempah kad dengan pak cik? Saya datang bersama keluarga saya. Kami mula memilih kad di kedai pak cik. Dah lah pak cik ni susah nak bagi kurang harga. Bila kami mintak kurang je mesti pak cik cerita cara pembuatan kad tu. Nak tunjuk konon harga yang pak cik tawarkan tu adalah berbaloi dengan hasil kerja. Tapi cuba pak cik lihat apa dah jadi dengan kad saya? Pak cik memang dah lihat kan? Tapi pak cik buat tak bersalah je. Sampai hati pak cik...........
Pak cik,
Di mana janji-janji manismu pak cik? Kalau ikutkan hati, nak je saya nyanyikan lagu Aishah 'janji Manismu' kat depan muka pakcik. Saya nak nyanyi kuat-kuat biar cair tahi telinga pak cik. Pak cik janji kad tu siap paling lambat akhir bulan 12, tapi akhir bulan 1 baru pak cik nak bagi. Itu pun selepas dibentak oleh saya. Mesti pak cik cakap saya kurang ajar kan? Bukan saya nak kurang ajar dengan pak cik, tapi saya geram. Sampai hati pak cik buat saya dan keluarga saya macam ni............
Pak cik,
Dah lah kad, kakak saya yang kena ambil kat pak cik (walau pun pak cik yang kata nak hantar), tak cukup lak tu kad nya. Macam ni ke pak cik berniaga? Bukan takat tu je, pak cik ada bagi kad yang kosong lah, warna dah lah bukan warna yang saya tempah, lepas tu pudar pulak tu warnanya. Ink dah nak habis ke pak cik? Nasib baik adik beradik saya check 1-1 kad tu. Kalau tak, tak ke malu saya...Mano den nak lotak mukO?(When i'm angry, i speak Nogori) tiba-tiba terasa macam nak jemput kawan-kawan guna mulut je.."jemputlah datang majlis saya ye, peta?lepas tol kulai tu, terus je ikut jalan ke kota tinggi, pastu bla...bla...."
Pak cik,
Panjang bebeno ye surat saya ni?Padan muka pak cik. Baca lah sepatah-sepatah sampai penat. Kalau ikutkan hati saya, saya nak tulis dalam bahasa jawi, biar merangkak-rangkak pak cik baca. Tapi saya pun nanti terkulat-kulat nak tulis jawi. Dah lama tak tulis kan..
Pak cik,
cukup lah sampai di sini surat saya ni. Panjang lagi saya nak tulis, tapi saya dah nak balik dah. Nak pergi pasar lambak dengan dak lily, nak beli epok-epok daging. sedap.....
eh, berbalik ke perkara asal, terima kasih banyak-banyak buat saya n famili macam ni. Hanya Allah yang dapat membalas jasa pak cik ni. Pesanan saya buat pak cik, janganlah pak cik buat macam ni lagi kat orang lain. Cukuplah saya je yang kena, dan buat pengetahuan pak cik, family saya tak kan tempah kad lagi dengan pak cik. Jangan ambil hati ye..
Sekian.
p/s : Kawan-kawan di johor, jangan tempah kad kawen ke, kad pengenalan ke, kad besday ke, kad bersara ke kt Pak cik ni ye!!
Beautiful Earth
1 year ago
5 comments:
amagad.....apelarh pakcik ni..T_T
yeke yg?? haishh ak balik yg hangin dgr cmneh..sabar ye yg..i xkesah klu kad yg kurang ink tuh bg kt i p0n..hihi =) besh nyer nk kawen dah..
best nyer... dah nak kawin..
boikot je pakcik tu timah.. mintak dia bayar ganti rugi..
boikOt kAsi mAti biz pOkcik Nih!!!
sue:tula sue, sampai hati pak cik tu kn?ish..ish..
Pujie:ape yg bestnye nk kawen pujie?hehe
dayah:mesti pak cik tu xnk byr ganti rugi...huhu..jemput dtg ye..
Post a Comment