Wednesday, 19 August 2015

JJCM : Warung Bunian

Assalamualaikum...

Burrppp...alhamdulillah...Sorry, aku dilanda kekenyangan..sedap betul makan tengahari tadi.  Mentang-mentang bos takde, memanjang nak makan kat luar..semalam breakfast di Warung Bunian, hari ni lunch kat tempat yang sama gak..hehehe...Lepas ni bila bos baru masuk, tak tau la dapat makan-makan kat luar lagi ke tak..huhuhu

Sedap betul lauk tadi.  Masa mula-mula sampai aku tengok ramai dah nak habis makan, semua duk jilat2 jari..aku siap cakap dengan pegawai aku, betul sedap ke sampai jilat2 jari...hehehe..Sebelum gerak aku dah wasap dulu kedai ni..yela takut tup-tup mai lauk xde lak..telan air liur jela..huhu..So, sape2 nak booking bley contact


Menu lunch setiap hari berubah tau.  Untuk hari Rabu, menunya Gulai Ayam Kampung, Sambal Udang, Terung berlada dan ikan kering.  Air boleh pilih.  Total untuk 4 orang + air sirap 1 jag = RM60.  Kira RM15 seorang la..


Kesimpulan yang aku boleh buat :

Kualiti :  4/5 (memang sedap, rasa cam mak kite yang masak)
Kuantiti : 4/5 (memang cukup-cukup, tak lebih, tak kurang)
Lokasi : 4/5 (Tak jauh sangat dari ofis yang kat Presint 2 tu)
Parkir : 3/5 (tak cukup sangat dan agak mencabar sebab curam)
Kebersihan : 4/5 (bersih cuma ada lalat berterbangan yg mengganggu kosentrasi nak makan)

Cukuplah tu..korang pulak cuba try test k!!!

Monday, 17 August 2015

My Ex Bosses



Assalamualaikum...

Hari ni merupakan Hari Ulang Tahun Ke-7 berkhidmat sebagai Penjawat Awam (Setiausaha Pejabat).  Rasa kejap je masa berlalu, tu yang nak imbas balik bekas-bekas bos aku..hehe..

Mula-mula lapor diri aku ditempatkan di Kementerian Kesihatan.  1st day lapor diri di BKP, KKM aku rasa nak berhenti kerja.  Bos aku ni orangnya tegas, garang, badan besar, suara besar, tak pandai nak bergurau2 dengan staf dia, umur sebaya abah aku.  Kenangan pertama yang aku tak boleh lupa bila aku kena baca Aku Janji Penjawat Awam tu depan dia.  Time aku baca tu dia siap cakap nak baca benda penting kenapa tak baca bismillah.  Nasib baik dia tak suruh aku berdiri sambil angkat tangan..huhu..Aku memang tersangat takut dengan bos aku ni.  Aku kerja dengan dia 3 tahun je pastu aku minta tukar.  Bukan tak tahan dengan perangai dia (kadang-kadang tak tahan jugak)  tapi tak tahan dengan kerja..huhu..Hari last masa aku nak balik kerja, nak cakap minta maaf  dengan dia, ingat mesti takde ape, tup-tup meleleh pulak air mata aku ni...haih, nampak sangat aku yang banyak dosa dengan dia, ngumpat dia je tak sudah..hehe...Aku bersyukur aku kerja dengan dia sebab aku dapat belajar banyak benda dan dia jadikan aku penjawat awam yang takut nak langgar peraturan, patuhi waktu bekerja, dapat duit raya..eh..hehe..Thanks bos..

Lepas tu aku bertukar ke UKAS pada 1 Disember 2011.  Selama 3 tahun 8 bulan aku berkhidmat di UKAS ni, dah 2 orang bos aku..1st bos aku di UKAS ni orangnya baik, umur sebaya abah aku gak, peramah, kelakar, cuma percakapan dia je tak berapa nak clear.  Kadang-kadang apa yang dia cuba sampaikan mesti aku tak berapa nak tangkap.  cam pending je..hehe.. Seksyen aku ni banyak kena kerja outstation.  Bos aku ni pulak ada gemuruh nak naik flight.  Baru dapat surat, belum naik flight lagi tapi dia punya takut..macam-macam dia fikir, cuaca tak elok la, itu lah inilah, ada 1 hari tu dia suruh aku booking flight lambat-lambat sebab nak biar tiket flight habis, so tak payah pergi...hehehe..Lama-lama bos aku ni dah tak larat nak kerja tu yang dia pencen opsyen. Dia pencen 3 Mac 2014.  Sepanjang aku kerja dengan dia, dia tak pernah marah atau tinggikan suara.  Memang bos yang sangat baik.  Thanks bos...

1 April 2014 aku dapat 2nd bos.  Umur dia awal 50an.  Gaya macam orang muda cuma rambut je putih.  Orangnya pun baik tapi aku tak berapa rapat dengan bos aku ni sebab dia suka buat kerja sendiri dan tak nak bagitahu kalau pergi mana-mana.  Agak secretive sikit, alim, tak suka bersosial dan makan-makan.  Buang masa katanya..huhu..Masa hari raya haritu, berapa kali aku kena ceramah pasal nak buat jamuan je..huhu...tapi nak buat macam mana, PA dia ni suka benda-benda camtu..hehehe...Bila dia naik pangkat aku rasa cam 'alhamdulillah' tapi bila fikir sape pulak ganti dia jadi takot pulak aku..huhu.14 Ogos 2015 merupakan hari terakhir bos aku di SPK, UKAS.  Baru 1 tahun 4 bulan aku jaga dia tup-tup naik pangkat.  Cepat betul naik pangkat, rezeki dia.  1 benda yang aku perasan, bos aku tak pernah tinggal solat Dhuha tiap2 hari.  Betullah solat Dhuha tu pembuka pintu rezeki kan...Ayat dia yang aku tak boleh nak lupa "saya nak kaya cepat"..hehe...bile orang tanya kenapa makan roti, kuih je, die mesti cakap saya nak kaya cepat..hehe..Apa pun, bos aku  ni banyak ajar bab-bab protokol.  Macam mana cara kita berurusan dengan orang atasan. Thanks bos.  

Hurm, la ni aku pun terasa-rasa nak bertukar lagi.  Nak ubah angin, cari kawan baru, belajar benda baru.  Aku aim nak pergi KPWKM kalau tak pun Kementerian Pelancongan.  Tapi kalau boleh aku nak balik Johor dulu, nak duduk dekat dengan family.  Sekarang ni terasa rindu nak duduk dengan family.  Agaknye sebab aku asyik merantau je..Tingkatan 4-5 Sekolah Teknik di Pontian, lepas tu sambung Poli di Port Dickson, habis je belajar dapat kerja kat Putrajaya...Dah sampai masa duduk dekat dengan family, boleh tengok2 mak abah..Doakan ye kawan2..

Friday, 7 August 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitti

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan..Maaf zahir batin..sekarang ni tak ada masa nak update blog.  Bila dah banyak kali makan free barulah teringat nak update blog.  Selama beberapa bulan aku tak update blog ni macam-macam benda jadi tak jadi..huhu..Bersyukur sangat tuhan bantu permudahkan segala urusanku..Alhamdulillah...

Cerita raya tahun ni bagi aku sederhana sangat sebab aku and husband tak beli baju raya pun.  Masing-masing pakai baju yang dah lama beli  tapi tak pernah pakai.  Tahun ni pakat sediakan baju Auni je.  Duit raya pun alhamdulillah tak terasa sangat keluarkan duit sebab kami duk menabung duit RM5 dari awal tahun hari tu..huhu

Tahun ni terasa lain bila tiada lagi puksu..Puksu meninggal 20 April 2015 lalu.  Sedih sangat2..sorang-sorang pak sedara pergi tinggalkan kami.  Sekarang adik beradik mak aku tinggal 3 orang je, mak, pak ngah dan maklang..moga dipanjangkan usia mereka..Amin...

Lagi berita sedih menimpa sahabatku..Takziah leha atas pemergian suami tercinta.  Aku betul-betul terkejut dan macam tak percaya kejadian ni terjadi pada sahabatku..Sabar ea Leha..Insyaallah, sahabat-sahabatmu akan sentiasa ada saat diperlukan..Be strong ye..

Untuk semua sahabat aku ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin".  Kosong-kosong ye..


Monday, 2 March 2015

Aircond Baru

Salam kawan-kawan,
Cuaca panas betul kan sekarang ni?tak tahan aku..kipas dah habis nombor aku bukak still panas.  Tingkap pun aku bukak, baju je tak sampai hati nak bukak takut terperanjat pulak dak Auni nanti..hehehe..

Aku ingatkan aku seorang je yang rasa kepanasan global ni..rupa-rupanya laku aku pun sama.  Laki aku siap cakap seronoknya kalau dapat duduk kat hotel, ada aircond..huhu..Auni lagi la teruk, sampai cirit birit sebab panas sangat.  Walaupun cirit birit masih aktif seperti biasa.  Budak-budak ni pandai kan? lagi-lagi bila sel-sel otak sedang berhubung.  Dalam kepanasan ni, Auni ada cara tersendiri nak menyejukkan diri..

Aku baru perasan hari Sabtu lepas kenapa budak kecik ni suka sangat pergi dapur.  Aku ingatkan dia nak ambik pinggan sebab dia memang suka letak mainan kat pinggan.  Tapi jangkaanku meleset..  Auni pergi dapur sebab nak buka peti ais.  Aku masih beranggapan yang dia nak ambik air vitagen tapi dia tak buka pintu yang bawah, dia buka pintu atas yang sejuk beku tu..huhu..dah buka bley gelak2 lak..seronok la tu hilang panas dia..dia buka pintu tu lama pulak tu, nasib baik pandai tutup balik, kalau tak rosaklah peti ais mama Auni..huhu...

Jadi, marilah bersama-sama menyejukkan diri di peti ais ye kawan2..hehehe

Wednesday, 25 February 2015

Ragam Manusia

Assalamualaikum..
Baru-baru ini aku balik kampung, almaklumlah hari raya kan..mana maunya duk kat Putrajaya tu..mestilah kena balik beraya bersama keluarga tercinta walaupun raya cina..huhu..Sebenarnya balik kampung sebab Uteh aku buat house warming..orang baru pindah rumah..seronok tengok orang ada rumah sendiri, tak sabar rasanya nak ada rumah sendiri, nak duduk Johor..doakan lah ye..amin..

Tapi bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya.  Aku nak cerita pasal perangai manusia yang bukan-bukan ni.  Aku tak paham betul kenapa manusia ni banyak sangat perasaan negatifnya.  Aku tau kita semua tak sempurna tapi jangan lah sebab kita tak sempurna, kita sibuk nak biar orang lain pun nampak tak sempurna. Sakit betul hati  aku.  

1 lagi, janganlah suka buat spekulasi bukan-bukan.  Tak semestinya apa yang kita nampak tu mencerminkan apa yang berlaku sebenarnya.  Hanya sebab kita nampak orang tu ada di tempat kejadian, kita sangka dia yang bawa mulut. Walau pun dah diterangkan cerita yang sebenarnya masih tak nak terima.  Masih anggap orang tu salah.  Lepas tu mulalah sabotaj, menyalahguna kuasa yang ada.  Bosan betul!!!

Kadang-kadang kita selalu buat benda yang boleh menjatuhkan orang lain tapi kita lupa yang Tuhan sentiasa ada.  Walau macam mana cara sekalipun kita cuba jatuhkan seseorang tapi andai Tuhan dah tulis rezeki tu untuk dia, tetap akan jadi milik dia.  Siapa kita nak menidakkan?

Maaflah kawan-kawan.  Agak emosi pula aku ni.  Bila berkait rapat dengan keluarga, saudara-mara memang aku agak emosi.  Apa-apa pun, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan k!!

p/s : orang yang kita sangka baik tak semestinya baik, orang yang kita sangka jahat tidak semestinya jahat...soal hati tak siapa yang tahu.

Wednesday, 11 February 2015

Suamiku Encik Perfect 10

Assalamualaikum..
Cerita dah lama baru nak update..maaflah ye, agak sibuk sekarang ni sampai balik dari kerja je mesti aku dah terbongkak..eh bukan, terbongkang...hehe..Aku nak cerita hari Ahad harituuuuuu (nampak tak banyak u menandakan cerita dah lama..huhu) aku g tengok wayang cerita Suamiku Encik Perfect 10.  Macam biasa tengok dengan lakiku dan Auni.  Nasib kitorang baik sebab masa beli tiket masih ada lagi seat di belakang-belakang, tak mau dah duduk depan..sakit leher..huhu

Dalam wayang tu penuh orang sampai ke seat depan sekali..dahsyat kan?  ramai betul yang berminat nak tengok cerita ni.  Bagi aku, sebab utama aku tengok cerita ni sebab aku suka Aaron Aziz..Dia kalau berlakon romantik memang betul2 romantik..cair sekejap...hehe

Cerita ni bagi aku best, sweet, comey, kelakar cuma konsentrasi aku agak terganggu sebab Auni tak nak duduk..dia pergi naik turun tangga, duduk melepak dengan budak2 kecik yang ada dalam wayang tu jugak sambil berzikir "Lailahaillallah Muhammad Rasulullah.." kuat tau suara dia..aku duk dengar orang sebelah aku ketawakan Auni..huhu...penat jugak aku duk dukung dia tak nak bagi dia jalan lagi..huhu..

Kesimpulannya, pada sesiapa yang belum lagi tengok cerita ni kena pergi tengok sebab memang berbaloi-baloi dengan harga tiket wayang tu..hehe...Aku suka karektor Zarief (Aaron Aziz) yang slumber, romantik dan kelakar.. ooh..betapa aku suka lelaki yang kelakar..hahaha...karektor Aleeya (Lisa Surihani) pulak bagi aku comel macam biasa dan pada 1 tahap aku rasa geram dengan dia sebab tak nak terima Zarief..huhu..maknanya lakonan dia berkesan kan?  dan banyak situasi dalam cerita ni yang bagi aku lucu bangat contohnya masa 1st time Zarief dan Aleeya jumpa dalam flight, masa mama Aleeya (Jasmin Hamid) suruh Zarief bagi Aleeya minum susu, terangkan jenis bra yang sesuai dengan ibu mengandung, masa Aleeya kena tahan wad sebab bleeding dan dalam masa yang sama nenek Zarief pun nak pergi hospital tu jugak..hehe..best..best..best..nak tau lebih kena tengok ye... 

Ada juga benda yang tak best masa tengok cerita ni sebab kasut Auni hilang sebelah..jenuh kitorang duk cari lepas habis cerita tu sampai semua staf yang duk bersihkan wayang tu pun tolong cari..kesian kan..tapi nasib baik jumpa juga, nun jauh kat seat depan sekali belah hujung lak tu..kalau tak jalan kaki ayam la Auni, mama tak nak dukung..hehe

p/s: terkilan tak dapat tengok Hobbit dan HungerGames kat wayang..kena tunggu cd..huhu

Wednesday, 28 January 2015

Aktiviti Waktu Malam

Assalamualaikum...
Hati berbunga2 sebab tu sibuk nak update blog..huhu..saja nak kongsi cerita pengalaman manis sangat semalam..semanis kurma..hahahaha..Sebenarnya tak adalah manis sesangat sampai kena potong kaki tu..ni manis-manis buah je..maklumlah, kelmarin aku merajuk dengan lakiku sebab balik lambat, jadi semalam untuk memujukku, laki aku balik awal nak ajak jalan2 kat Alamanda. tu je pun, tapi aku punya suka..huhu..  Kitorang duk kat Alamanda tu sampai Alamanda buat announcement nak tutup..huhu..Sebelum balik rumah tu kitorang singgah kat Dataran Masjid Putra.

Semalam 1st time aku bawak Auni g main dekat Dataran Masjid Putra tu..happening jugak kat situ waktu malam..Macam-macam aktiviti boleh buat.  Main basikal, roller blade, kereta control, scooter pun ada. Untuk percubaan pertama kitorang sewa kereta control dengan scooter je..Aku teringin nak main roller blade tapi memandangkan aku langsung tak pandai, takut lak aku nak try..takut jatuh sakit demam pulak dah..huhuhu

Pada pendapat aku la, boleh pergi beriadah kat dataran masjid tu tapi seminggu sekali je kot..kalau hari2 mau pokai..Baru tak sampai sejam aku dekat dataran tu dah habis RM40..huhu :
  • Kereta Control - RM20 (40 minit)
  • Scooter budak2 ( tapi orang dewasa yang naik) - RM10 (20 minit)
  • Buih2 - RM5 (semangkuk)
  • Lampu - RM5

Tu nasib baik kitorang tak jumpa orang jual air..kalau tak tambah lagi kos..hehehe...Ape pun, bagi aku seronok la g situ semalam..boleh hilangkan stress..mau taknya, asyik ketawakan orang yang jatuh main roller blade..makin kuat perasaan aku tak nak main roller blade..takut orang ketawakan..hehehehe

p/s: Jom kawan2, berjemaah kita beriadah kat dataran masjid jom....

Monday, 19 January 2015

Anugerah Juara Lagu 29

Assalamualaikum semua...
Excited betul, pagi-pagi nak update pasal AJL29..hehe..tahun ni finalist yang bertanding hebat2 semua..rasa rugi kalau sesiapa yang tak berkesempatan nak tengok..hehe..bagi aku yang macam pelik sikit bila time sampaikan hadiah takde panggil sesape tolong sampaikan..agaknya tak cukup masa kot..Persembahan yang aku suka ofcoz la Dayang Nurfaizah, Shila Hamzah, Mojo ft Caliph Buskers, Joe Flizzo ft SonaOne..ish, banyak lagi la yang aku suka..

Subhanallah, kuasa tuhan...penyanyi Caliph Buskers (Azmi) mempunyai suara yang betul2 sedap..Allah tu maha adil kan?  Dia tarik satu nikmat, Dia bagi pula nikmat yang lain..Tergamam, terkedu, terharu dan macam2 ter lagi la bila dengar dia nyanyi..

Nak tau ramalan aku untuk AJL29 ni?  Bagi aku, yang akan dapat sangkut no. 1, 2, 3 antara Joe Flizzo / Dayang Nurfaizah / Hafiz Suip dan vokal terbaik antara Dayang / Hafiz..aku pilih Joe Flizzo sebab aku rasa lagu dia simple tapi jujur dan ikhlas, Dayang lak aku rasa sebab lagu tu sendiri memang menikam kalbu ayat dia..Hafiz sebab lagu tu sedap dan lagu favourite anak aku..haha...tapi kusedar, aku bukan juri professional yang tau menilai kehebatan sesebuah lagu tu...huhu...nak tahu pemenang sebenarnya?  nindiaaa :

Anugerah Juara Lagu : Apa khabar - Joe Flizzo ft SonaOne 
No. 2 : Masih Aku Cinta - Shila Hamzah
No. 3 : Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah 
Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah
Persembahan Terbaik : Mojo ft Caliph Buskers

Tahniah buat semua pemenang dan tahniah juga buat Edry Abdul Halim yang menjumpai bakat luar biasa ni..moga lepas ni Edry nak buat single untuk Caliph Buskers..sayang bakat yang ada ni kan?  Ok lah, boleh sambung buat kerja..tataaa.....

p/s: bersemangat aku nak bekerja hari Isnin sebab nak update pasal AJL29 ni..hehehe

Monday, 12 January 2015

Tahun Baru Buku Baru

Assalamualaikum....
Selamat tahun baru kawan-kawan..makin lama makin teruk tahap kemalasan aku nak tulis di blog.  Agaknya sebab sibuk tulis kat kertas je..merepek panjang berjela mudah-mudahan aku lulus lah semua paper..huhu

Selamat datang 2015 dan selamat tinggal 2014.  Moga setiap yang terjadi di tahun 2014 dapat dijadikan tauladan dan moga kita semua akan berubah setapak lagi ke arah kebaikan.  Awal tahun baru ni aku memang tak ada pasang azam apa-apa.  Mungkin bila umur dah semakin meningkat ni aku rasa takde rasional lak nak pasang azam di awal tahun ni.  Apa je yang aku terniat nak buat akan aku cuba tunaikan tak kira la awal ke tengah ke hatta akhir tahun sekalipun.

Buat masa ni yang aku terniat nak jadi insan yang lebih baik dari sebelum ni..niat dah lama tapi nk berubah tu tuhan saja yang tahu susahnya.  Apa lagi yang aku niat ea?  Insyaallah nak habiskan belajar tahun ni gak.  Jadi tahun depan boleh konvo berjemaah dengan tina n sophia.  Insyallah bila dah grad nak mohon jawatan baru, nak mohon balik johor.  Dah rasa rindu sangat-sangat nak balik Johor.  Doakan ye..

Cukuplah tu buat masa ni..kalau niat benda baik dah dapat pahala kan?  Jom lah sama-sama niat benda baik dan mudah-mudahan dapat tunaikan apa yang kita niatkan tu..Amin...

p/s : bila tengok orang lain mengandung anak ke-2 tetiba rase rindu nak mengandung gak tapi..huhuhu