Monday, 15 December 2014

2 tahun sudah!!



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, 9 Disember 2014 genap 2 tahun anak mama.  Rasa sekejap je dah 2 tahun.  Banyak perubahan dah jadi selama setahun ni.  Auni dah boleh jalan, boleh berlari, mula-mula tak nak cakap sangat, sekarang dah mula ikut-ikut cakap kita..dah pandai tiru perbuatan kita, pandai cakap taknak dah..hehe..

Maafkan mama ye Auni, dulu mama selalu jeles tengok anak orang lain baik je, pandai baca doa la, dah kenal huruf, nombor, macam-macam lagi tapi anak mama =( Papa selalu cakap kat mama, jangan bandingkan anak orang dengan anak kita..semua budak-budak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kan?Barulah mama mula belajar menerima kenakalan anak mama ni..hehe..Hj Lokman pun pernah cakap, anak-anak yang aktif ni bijak..Auni pun macam tu..

Tahun ni kita sambut besday bertiga je..Mama, Papa & Auni.  Nak buat macam mana, kita tak dapat balik kampung.  Tahun lepas kek sampai 2 tahun ni 1 pun takde..hehehe..kita pergi jalan-jalan sampai terlupa nak beli kek..Kalau tahun lepas Auni dapat hadiah khemah..tahun ni sebab anak dara mama ni dah besar, kami hadiahkan tindik sekali dengan anting-anting..hehe..

Pening jugak cari tempat tindik telinga ni.  Di Alamanda orang kedai emas tu tak berani nak tindik, dia cakap Auni kecik lagi.  Dia suruh tunggu 5 tahun baru tindik..takdelah mama Auni ni nak tunggu sampai 5 tahunnye..Jadi kami gigih cari dekat Metro Kajang pulak..pergi Poh Kong pun sama, orang kedai tu tak nak tindikkan..kecik lagi katanya..huhu..cari lagi..akhirnya jumpa gak kedai yang sudi menindikkan telinga Auni..hehe

Ni time baru nak keluar rumah..mood masih baik..


Tengok, mood tak ok dari lepas tindik sampai nak keluar Metro Kajang..sakit lagi agaknye..hehe
Ni nak balik rumah lepas jalan-jalan kat IOI..mood dah baik dah..
Sampai rumah Auni diri depan cermin sambil pusing-pusing kepala dia..nampak lain agaknya..hehe..tapi memang Auni tak bagi pegang pun telinga dia..kita tanya mana telinga pun taknak tunjuk dah..hehe...tak sabar mama nk tunggu sebulan lagi, nak tukar anting-anting emas lak..Apa pun, mama & papa nak ucapkan "Selamat Hari Lahir Sayang" moga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang solehah dan moga keluarga kita bahagia hingga ke syurga..Sayang anak mama!!!

p/s: murah je tindik telinga ni. RM15 je sepasang siap dapat anting-anting tapi bukan emas la..la ni harga emas RM142/gram..mai pakat beli emas..hehe

Wednesday, 3 December 2014

Family Vacation - Cameron Highland 17-18.10.2014

Assalamualaikum semua..nampaknya sekarang ni musim sibuk..aku tengok bukan aku je yang tak update blog, tapi kawan-kawan pun berjemaah ni tak update. mahapkan kami ye..hehehe..Hujung tahun ni memang banyak sangat benda nak kena buat, hantar, tu yang sibuk bebeno.  Ni ada kelapangan sikit aku pun curi-curi update blog.

Sebenarnya tak tau nak cerita pasal ape, tapi disebabkan baru-baru ni aku, adik beradik, mak pak pergi bercuti, boleh la kot update pasal tu..hehe..Kali ni punya cuti dirancang oleh ude.  Asalnya nak bercuti kat rumah aku je, nak pergi Ikea je pun..huhu..tapi tukar plan pergi Cameron Highland lak sebab diorang tak pernah pergi lagi.  

Last aku pergi Cameron Highland pun tahun lepas masa cuti PRU dulu. Tak ingat? cer baca kat sini Masa tu Auni baru 5 bulan, berhingus lagi (sampai sekarang masih berhingus dan jangkit kat aku.huhu)Kali ni Qisya baru 45 hari. dahsyat betul along aku, baru abes pantang pun nak g bercuti..huhu

Malas dah nak tulis panjang2, layan gambar je ye..












p/s : 

Tips ke Cameron Highland :
  • Check tarikh - jangan pergi masa cuti sekolah, confirm ramai orang.
  • Check cuaca - masa kitorang pergi musim hujan, sejuk sesangat
  • survey hotel / apartment - Kitorang beli di Groupon RM288. Crown Imperial Court di Brinchang. Serius seram betul tempat ni, bukan seram sebab berhantu ye, seram sebab hotel ni atas bukit, sangat curam, parking untuk 1 kereta je. 



Wednesday, 6 August 2014

Perkara best-tak-best time raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri semua...Maaf Zahir Batin.

Perkara best raya tahun ini :

  • Dapat berbuka puasa hari Sabtu di kampung.  Terima kasih lah laki ku dapat balik awal.  Gerak pukul 4.30 petang, nak buka puasa, sampai dah kampung..
  • Pergi-balik kampung tak terkandas dalam jem.  Sebab apa? balik awal..hehe
  • Semua adik beradik beraya rumah mak dulu.  Tahun depan sedih lah mak, takde sape kat rumah..huhu
  • Dapat beraya banyak rumah..takdelah duk saje tengok tv.
  • Dapat duit raya dari bos setelah lama gak tak dapat..huhu..tak banyak cam dulu-dulu tapi mencukupi dah..hehe
  • Dapat gak g raya rumah lily, jumpa mak lily..lama dah xjumpa..
Perkara tak best :
  • Baju raya satu je..Selebihnye cuma pakai baju yang baru siap jahit dan belum pakai lagi..huhu
  • Mak kurang sihat.  Kitorang adik beradik yang tolong masak lauk raya..huhu
  • Tak dapat ambil gambar 1 family sebab adik aku keluar lak masa nak ambil gambar tu..
  • Tak dapat makan kerepek pisang mak buat..mak tak sihat, langsung tak buat kuih raya..huhu
  • Fadhilah nak balik Sabah dah..sedihnya..kurang seorang kawan lagi ='(

p/s : cukuplah tu..banyak lak nak ngadu..bersyukurlah kita masih berpeluang beraya jika dibandingkan dengan penduduk gaza tu..#supportGAZA

Wednesday, 16 July 2014

Peugeot CDM25

Assalamualaikum..

Pagi ni rasa sedih pulak bila tengok video mengenai keangkuhan dan keberangan seorang perempuan dek kerana kereta Peugeot barunya #CDM25 dilanggar oleh seorang pakcik cina.  Terdiam aku jap bila tengok video tu.  Rasa simpati pada pakcik yang berulang kali meluahkan ke'tidak sengaja'nya dia melanggar kereta perempuan tu.  Namun, perempuan tu berterusan membeduk kereta pakcik tu dengan stereng lock sambil memaki hamun dan meminta ganti rugi.

Inilah realiti kehidupan..baru sedikit saja Allah berikan nikmat ke atas hambanya, sudah lupa siapa diri kita.  Mudah perasan diri ini lebih hebat dari orang lain sehingga sanggup memalukan orang lain walhal tindakannya itu memalukan dirinya kembali.

"Ya, Allah, kau buangkanlah sifat angkuh, riak, bengis dan segala sifat-sifat mazmumah dari diriku, keluargaku, sahabatku dan seluruh kaum muslimin dan muslimah.  Seandainya nikmat yang kau beri itu boleh melalaikanku, aku pohon kau jauhkanlah nikmat itu dariku.."


p/s: kejadian macam ni buat aku makin takut nak bawak kereta =(

Monday, 7 July 2014

Kawalan vs Rutin

Assalamualaikum semua...
Pejam celik dah masuk hari ke-9 kita berpuasa.  Kejap je kan?  Kali ni punya puasa memang cukup mencabar bagi aku, dengan exam UiTM lagi, dengan Auni yang demam, dengan tak larat memanjang..tulah, time bulan Rejab dulu tak nak cuba2 puasa, la ni dah tak tahan..huhu

Lama dah aku tak post apa2.  Terlampau sibuk dengan hal kerja, dengan tiada idea nak tulis apa, tu yang senyap je..ni start tulis balik sebab ada benda nak luah..

Pernah tak korang rasa penat dengan tindakan korang yang terlampau 'dikawal', bukan dikawal oleh orang lain, tapi oleh diri korang sendiri.  Dapat tangkap tak maksud aku?huhuhu..Sekarang ni aku rasa penat sangat, kadang2 cuba gak untuk tak 'dikawal' tapi nanti mesti kembali kepada asal balik.  Aku pernah terfikir mungkin seronok bila hidup tanpa kawalan, bebas buat apa saja tapi bila fikir kembali, hidup dengan kawalan lah yang akan buat hidup kita lebih teratur dan memudahkan kerja kita kan?

Bunyi macam serius je soal kawalan ni, tapi sebenarnya tak pun..tapi bila dah penat sangat jadi macam ni lah..semua tindakan nak disalahkan.  Korang nak tau apa je tindakan aku yang 'dikawal' sangat tu?check it out..huhu

  • Bila sidai baju, aku akan sidai baju dengan baju, seluar dengan seluar, t-shirt dengan t-shirt
  • Bila sidai tuala dengan sapu tangan Auni mesti ikut warna.  
  • Bila nak sepit baju tu, penyepit mesti letak ikut warna.  Guna warna merah dulu sebab warna merah paling sedikit, kemudian warna hijau, akhir sekali baru warna biru.
  • Penyangkut baju pun aku guna macam tu, guna ikut warna.
  • Bila lipat baju Auni, aku mesti lipat baju lengan panjang dulu, baru lipat baju lengan pendek.  Aku lipat ikut warna.  Kena selang seli.  Pink-Hijau-Ungu-Oren.  Stoking lipat last sekali.
  • Bila lipat baju aku dengan laki aku, tak kisah pulak, cuma baju dalam dan seluar kecik kena  lipat last.  Baju kurung terus tak lipat, hanger kan je.
  • Bila susun duit dalam beg duit mesti kena letak ikut kepala..ikut susunan, mula dengan RM1-RM50
  • Bila susun botol susu Auni yang dah sterile, botol lama susun kat depan, botol baru susun kat belakang.
  • Bila gosok baju, mesti gosok baju dulu, baru kain, last tudung.
  • Bila nak mandi, mesti gosok gigi dulu, baru cuci muka, pastu buang air dan mandi.
Banyak lagi yang aku rasa tindakan aku yang 'dikawal' sangat.  Tapi aku rasa korang pun ada gak buat perkara2 kat atas ni kan?  Mungkin bagi korang bukan kawalan tapi rutin.  Tapi bagi aku lak 'dikawal' bila aku dah penat..huhu

Sekian, terima kasih..

p/s : perlu berehat nampaknya aku ni..huhuhu

Thursday, 24 April 2014

Otai Masih Berbisa

Salam semua,

wah, suka betul aku duk tulis pasal program realiti ni ye..hari tu The Band, la ni Kilauan Emas lak.  Walau pun umur belum lagi berkilau ke tahap emas tapi aku tetap suka tengok rancangan Kilauan Emas ni.  Aku rasa tahun ni banyak betul peserta yang berbakat sangat lebih-lebih lagi peserta lelaki.

Musim kali ni pun ada penglibatan peserta cina dan india..Sangat 1 Malaysia kan?  Dari dia punya uji bakat, ke top 10 tiap edisi sampailah ke 13 finalis semua aku tengok.  semangat aku tengok cam tengok AF lak..hehe

Semalam telah berlangsungnya Konsert Pertama Kilauan Emas.  Untuk  minggu pertama ni, semua peserta di beri kebebasan untuk menyanyikan lagu pilihan mereka sendiri.  Untuk pengetahuan korang, ada gak penyanyi yang dapat masuk KE ni.  kenal tak Renggo dari kumpulan Arrow?dari masa ujibakat lagi aku duk fikir, siapa dia ni.  Guna nama Zain, tapi suara memang biasa dengar, rupa-rupanya Renggo.  Suara dia masih berbisa macam dulu..best2.

Bagi aku, kalau ikut persembahan semalam aku suka dengan Nordin, Zain (Renggo), Nas dan Ben.  Semua peserta lelaki nampaknya.  Peserta perempuan 'sedang-sedang' saja..huhu..kalau nak tahu lebih lanjut, sila lah layari laman web ni Astro Gempak.  Jangan lupa ye tengok Konsert Kilauan Emas  setiap hari Rabu jam 9.30 malam.


p/s : mungkinkah bila aku dah tua nanti aku akan masuk rancangan sebegini?huhuhu

Wednesday, 23 April 2014

Riang Ria di Hujung Minggu

Salam semua,

Ahad lepas sesi menghiburkan hati..rancangan asal nak g PD, nak bawak Auni main pasir, tapi akhirnya tukar rancangan lak sebab aku tak nak mandi laut disebabkan kedatangan bulan..huhu (kan darah tak keluar masa mandi laut??)

Maka, kami bergerak lah ke Alamanda.  Jam 11.15 dah sampai..awal tak awal?huhu..apa je aktiviti nak dibuat di Alamanda ni?  Nak g karox, cam tak sesuai lak nak bawak Auni..ada yang kena nyanyi tak pakai microfon gamaknya..hehe

Jadi kami amik keputusan nak tengok wayang..Bersemangat nak tengok cerita Rio 2..ni kali ke-2 Auni tengok wayang.  Dulu tengok cerita Sejoli, aman je..Auni tidur sepanjang cerita..la ni, jangan harap la..cerita Rio ni dah la ada lagu2, nyanyi2.  kemain ligat lagi dak Auni ni berjoget.  Tak nak duduk, nak berdiri sambil berjoget..Duk menjerit la..aduyai..nasib baik lah ramai gak budak dalam panggung tu.  Tak la ketara sangat suara Auni..huhu

Habis tengok wayang kami masuk tempat main game depan bowling tu.  lama tak masuk.  Membanggakan bila aku tak main apa-apa game pun, bagi laluan pada Auni lak main..huhu


Beria kan Auni?ada yang jadi drifter gamaknya..huhu..


p/s: terasa berharganya waktu hujung minggu bila bersama keluarga kan?

Thursday, 10 April 2014

The Band

Assalamualaikum..
Cuma nak kongsi 1 program realiti terbaru Astro iaitu The Band.  Program ni beza sikit la dari program realiti sebelum-sebelum ni sebab tujuan dia nak tubuhkan kumpulan pop lelaki dan wanita bertaraf antarabangsa..

Soalan yang mula2 keluar dari mulut aku ni, "nama rancangan The Band, tapi kenapa tak ade yang main drum ke gitar ke.." hurm, tapi soalan tu mati kat situ jela tanpa dapat apa-apa jawapan pun..(nak jawapan p la tanya Astro).

Dah 3 episod aku tengok, so far best gak The Band ni.  Aku tengok peserta perempuan yang masuk The Band ni suara diorang biasa2 je, cuma kelebihan diorang pandai menari kot..tapi, peserta lelaki dia banyak yang berbakat.  Tetibe aku rase nak masuk The Band ni..jom lily, wana, tina, leha, moos..hehehehe

nak tahu lebih lanjut?  Baca kat Astro Gempak


p/s : dulu nak masuk Raja Lawak, tapi sampai ke sudah tak masuk2..leha la ni..hehehe

Friday, 4 April 2014

hepi besday papa

Salam,
dah lama kan tak update blog?  agak bz dengan uruskan fail-fail lama yang menimbun tu, dengan kelas UiTM yang dah mula, dengan bos baru lagi..macam2 benda nak buat..xpelah, tolak tepi jap benda2 tu, nak citer pasal besday lakiku lak..hehe

Tiap-tiap tahun, bila tiba je besday laki aku, mulalah aku duk gelabah cari idea nak surprise la konon..Plan asal nak buat delivery coklat, tapi last minute tukar idea lak..nak buat Candle Light Dinner.  tapi nama pun idea last minute kan, xdapatlah restoran tu buat sebab dia perlukan 3 ari sebelum =( Jadi, akhirnya cuma dapat dinner tanpa candle je..huhu

7 mlm - standby matikan lampu, keluarkan kek cuma belum bakar lilin je..tunggu punya tunggu tak sampai2, kata dah gerak balik.  Rupa-rupanya ada xcident da, tu yang sampai lambat.

7.40 mlm - aku dah nampak kelibat orang kat pintu, berdesup g dapur, bakar lilin dan diri belakang pintu.  Auni pun tunggu kat pintu sebab dak ni memang tiap ari tunggu papa dia kat pintu..huhu

"hepi besday to you.. 2x,
 hepi besday to papa
 hepi besday to you.."

masa ni muka laki aku terkejut sangat..suka betul aku dapat terkejutkan dia..hehe..dia nak mandi dulu baru potong kek, tapi aku terus ajak potong kek sebab aku dah lapar, semalam aku puasa..huhu
kek ni 3 layer, bawah sekali biskut, tgh2 cheese, atas coklat..sedap giler..

auni pun nak potong gak..dulu time besday die nangis2 suh potong kek..hehe

8 mlm - gerak p Bangi, duk terpusing2 cari parking nampaklak kereta Naza Suria kaler merah. hurm, cam kenal je..yang peliknye, time aku sampai kereta ni ada, time nak balik pun ada lagi..betul punya makan besor tuan empunya kereta ni..hehe

8.40 mlm - sampai lah di sini 
sumber : google
Tempat ni memang cantik sangat, suasana pun romantik, siap pasang muzik lagi cuma kat sini tak provide baby chair.  tu lah yang buat tak romantiknya bila dak Auni nak pegang itulah, inilah, nak jalan lah..aku yang risau..kang pecah kena ganti lak..huhu..layan gambar jelah ye..


tengok, baru sampai dah tarik alas meja..mula2 ada stand tulis nama aku, terus aku suh amek sebab takot auni jatohkan..huhu

sempat amek gambo ni je sebab depan mata..hehe

aku amek set ni
starter tak tau  nama : biskut + cream + salmon & strawberry

mushroom soup dia sedap, lain dari yang lain, tapi aku tak dapat abeskan sebab Auni tak nak duk diam..ish

Main course : salmon baked (aku) roasted lamb (hubby)
gambar dessert aku tak sempat amek sebab dah kelam kabut makan..kedai nak tutup dah. aku pilih pavlova + hot choc cupcake.  aku suka kedai makan ni sebab tempat dia cantik, English style, fine dining, pas abes makan, dia angkat pinggan, hidang makanan seterusnya, tapi tulah, tang dessert and coffee tu tak sempat angkat pinggan sebab aku tak abes2 makan main course lagi..

Akhirnya, pukul 10 malam kitorang pun gerak balik.  Laki aku memang kenyang la, semua abes dia makan, aku je yang lapar, sup tak abes, ikan tak abes, dessert pun tak abes..semua salah Auni..uwaaa....

Komen laki aku : kalau dia, tak kan pilih tempat ni sebab dia rasa segan dan kekok dengan layanan2 ni..hehe..tapi dia enjoy sebab makanan  sedap..



p/s : so, pasni tak bley bawak Auni p tempat cmni,kita duk mah jela..huhu

Tuesday, 25 March 2014

Tenanglah Kau Di Sana MH370


Ya Allah, 
terima kasih atas petunjukMu
penantian penuh harapan, berakhir dengan sebuah perkhabaran buruk
Aku redha Ya Allah kerana ku tahu Kau lebih mengetahui akan setiap perancanganMu
Aku mohon Kau ampunkanlah dosa mereka
Rahmatilah roh mereka dan tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman
Takziah buat keluarga mangsa, teruskanlah berdoa agar segala urusan dipermudahkan 
redhalah dengan ketentuanNya kerana ada hikmah di sebaliknya
setiap yang berlaku itu hanya mendekatkan lagi kita kepadaNya...
Al-fatihah....

Thursday, 13 March 2014

Pray for MH370


sumber : google

Macam dah terlambat je post aku ni..aku dah beberapa kali duk karang ayat tapi tak ter'post2' sebab aku bukannye pandai sangat melontarkan bait-bait indah ni..huhu..perkataan yang terkeluar dari mulut aku tuk menggambarkan rasa sedih, simpati yang aku rase ni cuma "sedeykan?", "moga Allah beri petunjuk"..tu je kot..so, "don't say any words. pup" bak kata ropie siap dengan bunyi mulut sekali..haha

p/s : tiap yang berlaku tu ada hikmahnya kan? kita cuma perlu percaya dan yakin dengan kekuasaanNya.

Tuesday, 11 March 2014

Kelas Renang - Part 1

Alhamdulillah, setelah tertangguh hampir 2 tahun, akhirnya aku diberi peluang untuk masuk kelas renang..yippi!!hepi bangat..aku memang nak sangat belajar berenang ni..sangat jeles pada abah dan adikku yg pandai berenang..lepas ni, nantikan kehebatanku..belum pandai dah berlagak, macam mana nak berkat ilmunya ni?hehe

Berbekalkan modal RM50 (patutnya yuran RM150 untuk 8 kelas, tapi bayar RM50 je sebab kelab jabatan aku tanggung selebihnya), baju renang RM150 (dah 2 taon beli), gogle (pun dah 2 taon beli) mulalah kelas pertamaku semalam di kolam renang awam Presint 6 (dekat pullman) kami belajar dengan instructor swimming dari jomrenang.com

1st thing yang diterangkan adalah undang2 Ismet Ulam Raja belajar renang :
  • Ketepatan masa.  Kelas patut start kul 8.00, tapi kami diberitahu kelas start pukul 8.30, aku lak gerak dari rumah pukul 8.20, almaklumlah, rumah dekat...
  • kena pakai baju renang yang sesuai.  Baju renang mesti size 1x lebih kecil dari size biasa tapi aku punya baju besar 2x dari size biasa..hehe..size je besar, tapi bajunye still kecik ye..jangan gambarkan gedoboh sana sini..hehe
  • kena basahkan badan sebelum dan selepas masuk kolam.  Walaupun semalam aku baru je mandi pukul 7.30 malam, still kena basahkan gak..semalam la hari yang paling banyak aku mandi..huhu
itu je kot..lepastu kitorang pun kena masuk dalam kolam..ingatkan 1st class belum main air lagi, rupanya terus start dalam air..kami diajar :
  • Buble - tarik nafas melalui mulut (kat atas air), hembus di hidung (dalam air) paham tak?cer try buat kat rumah ye...hehe
  • Terapungkan diri - bab ni yang susah sikit sebab kena terapung telungkup.  instructor tu cakap ada 2 sebab susah terapung iaitu lebih berat badan dan kurang berat badan..hehe..dalam group aku ada 10 orang,4 orang je yang xlepas2 peringkat ni..aku dengan sorang lagi kurang berat badan, yang lagi 2 orang lebih berat badan..huhu
  • kaki di dinding, tolak badan ke depan dengan tangan lurus ke depan - paham ke idak?hehe..buat2 paham jela ye..
  • gerak2 kaki - dari lutut ke bawah, xperlu bengkok, lurus je, cuma pergelangan kaki ke bawah je gerak..ini untuk buat kita boleh bergerak..kalau tak, kita static je kan?  tapi bab ni pun aku terkial2 lagi..kaki aku kocak ke dalam sangat, patutnya atas air sikit..biar air tu berkocak, kecepuk, keceper bagai..hahaha
Untuk kelas pertama selama 1 jam ni, itu jelah yang kami belajar..tapi rasa seronoknya tak terkira..teruja nak pergi kelas2 berikutnya..t dah pandai bley ajar Auni, Samir ngn Wawa...hehehe

to be continued....

Monday, 3 March 2014

All About Februari

Salam,
Aku rasa cepat betul bulan Februari ni berlalu dan macam-macam cerita terjadi tapi satu pun aku tak sempat update..bz sangatlah tu kononnye..oleh sebab kesibukan yang melampau ni, aku buat rumusan jela ye..w'pun rumusan, agak pjg jugak ye..huhuhu

12 Februari 2014 - Birthday Tina
Hepi besday tina..akhirnya kau dah sebaya ngn aku..hehehe..moga dipanjangkan umo, dimurahkan rezeki, ditemukan jodoh yang baik dan dijauhkan dari sebarang gangguan / anasir2 jahat..amin...

13 Februari 2014 - Farewell Bos + Cik Wyda + Kak tie
Bos aku pencen 3.3.2014, Cik Wyda n Kak tie p DPA start 23.2.2014 tapi 13hb dah buat farewell party la sgt..hahaha..sedey giler, semua nk keluar serentak..huhuhu..gambo xdak lak dlm pc ni, almaklumlah, pc orang, bukan pc aku..lg sedih!!!!


14 - 18 Februari 2014 - Trip to Alor Setar + Langkawi
Aku nyaris2 tak pergi sebab laki aku tak dapat cuti..sedey betol..tapi, oleh kerana lakiku berjanji akan pergi pada malamnye, so aku dengan Auni pun pergilah..kemas beg nak dekat pukul 3 pagi, tido kejap, kul 4 dah bangun sebab nak p LCCT naik ERL..cukup mencabar betul..huhuhu..eh. lupe nak gtw kitorang p Alor Setar sebab kenduri sambut menantu Along..yg p Langkawi tu kira family vacation la..huhu..layan gambar jom..

nampak x muka anak beranak, adik beradik?

Welcome to Langkawi

mak muda, anak dah 2..hehe
keletahnye dak ni..
19 Februari 2014 - Anniversary ke-3
Alhamdulillah, dah 3 tahun usia perkahwinan kami..rasa jap je duk berdua, mengandung, bersalin, Auni meniarap, merangkak, berdiri, berjalan, berlari.....moga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke syurga..doakan kami bahagia di dunia dan akhirat ye kawan2.. 

24 Februari - 14 Mac 2014 - Aku di mana-mana
Bila bos aku mula cuti, bermulalah passing2 baton aku..Jap aku kena ganti PA ni, jap aku kena ganti PA tu..asal ada orang hantar surat je mesti dia ckp "aik, kt cni?"..jawapan aku "Fatimah di mana-mana..huhu"..sedey betol..

tu je kot..kalau ada pertambahan t aku update lagi..bila duk mengganti tempat orang ni, banyak urusan sendiri terabai..bilalah nak dapat bos ni......

Tuesday, 11 February 2014

arrrggghhhh!!!!!nape mesti aku?????

Situasi pagi tadi time nak sarapan..

kring..kring..kring..

Aku : Selamat Pagi UKAS. (formalnye aku..huhu)
Kak Ton : Siapa ni?
Aku : Fatimah Wahid (aku memang suka bagi nama penuh aku..huhu)
Kak Ton : Ha, Fatimah, tadi saya call tempat awak tak berangkat.
Aku : Saya dalam bilik Cik Wyda, baru nak angkat, telefon dah mati.
Kak Ton : Bos awak start cuti bila? Nanti dia cuti bagitau ye, saya nak tarik awak ke bawah.
Aku : Dia start cuti 24/2, kan ada PA baru yang nak masuk.
Kak Ton : Dia ada masalah, tak boleh nak stay back.  Nak tunggu sampai pukul 5.30 pun tak boleh.
Aku : Saya pun tak boleh stay back puan.  Saya kena balik pukul 5 sebab nak kejar bas, nak ambil anak. (berani2nye aku menjawab)
Kak Ton : Ha, pasal bas je, PA baru ni dia kena balik awal sebab orang tua.  Kalau dia tak balik, t mak dia tak makan.  Lagi pun tak tau dia masuk bila.  Saya cuma nak bila saya ada, stay sampai pukul 5.30 je.  
Aku :  Saya memang tak boleh puan.
Kak Ton :  Nanti bos awak cuti bagi tau ye, kat bawah ni dah banyak surat dah..(dia langsung tak mengendahkan kata2 ku..huhu)
Aku : Ok.


Untuk pengetahuan semua, bos aku nk pencen 3.3.2014 ni.  PA kak Ton tu jaga TKP (Dasar).  PA yang baru nak masuk tu lah patutnya jaga kak Ton, tapi aku pulak yang kena.  Aku tak kisah pun nak jaga sape, tapi bila aku dah tau dia macam mana, mane mau nye aku..Kak Ton ni 1 UKAS tak gemor dengan dia. Suka burukkan orang, cakap dia je yang betul, berapa ramai dah yang jadi PA dia..semua tak kekal lama sebab dia yang bermasalah..apalah nasib aku...huhuhu


p/s : aku terus tak abes makan..xde selera...huhuhu

Friday, 7 February 2014

nak ke idak?

Salam,
Ada satu pagi, sedang aku berjemaah sarapan bersama pegawai aku, tiba-tiba terkeluar satu pernyataan dari pegawai aku "teringin nak pergi Mekah, nak buat Haji".  Lepas tu pegawai beso yang duk makan dengan kitorang pun jawab "pergi jelah, tengah2 muda ni lah bagus pergi"  Pegawai aku pun bagitau la, duit tak cukup, adik2 sekolah lagi, dia nak kawen lagi, t dah cukup semua baru boleh pergi.  Pegawai beso tu pun cakap, "kau belum betul2 nak pergi la tu" tapi pegawai aku duk bantah lah, memang nak pergi ni, cuma masa dan kewangan yang tak mencukupi.  Lepas tu, pegawai beso tu pun kongsi 1 cerita ni....

Kawan dia nak sangat pergi menunaikan Haji.  Jadi, dia pun ajaklah kawan dia dan terus kawan dia setuju.  Maka bermulalah persiapan mereka ke Mekah.  Mereka daftar haji, buat pemeriksaan kesihatan, ambil suntikan yang patut, beli kain ihram, packing bag dll.  Dah settle semua, muka kawan dia masih dalam keadaan risau.  Dia pun tanya kenapa, tak nak pergi ke?  Kawan dia cakap dia memang nak pergi tapi dia ada 1 masalah.  Kawan dia tak ada passport dan tak boleh ke luar negara sebab diisytiharkan muflis.  

Kemudian dia tanya lagi, "kau nak pergi?"  Kawan dia jawab "nak""betul-betul nak?" tanya dia lagi dan jawapan kawan dia masih sama.  Lalu dia berkata "kalau kau betul2 nak, mintaklah dengan Allah dan berdoa "Ya Allah, aku nak pergi rumah Mu, aku nak datang ke rumah Mu, bantulah aku".  Dengan kuasa Allah, agen haji datang berjumpa kawan dia tu dan menawarkan diri untuk menguruskan passportnya.  Dalam 2 jam kawan dia dah dapat passport.  Tinggal 1 lagi masalah.  Visa.  Kawan dia memang tak yakin boleh dapat visa, tapi kawan dia tetap berdoa dan mintak pada Allah dipermudahkan segalanya.  Sehari sebelum mereka berangkat ke Mekah, mereka dapat visa dan tiket penerbangan.  Isteri kawan dia macam tak percaya bila mereka kata esok pergi Mekah.  Tapi bila dah dapat semua, baru isteri kawan dia percaya dan bersyukur kerana suaminya diberi peluang untuk ke rumah Allah.  

Aku dengan pegawai aku pun macam tak percaya bila dengar cerita pegawai beso ni.  Betul ke bohong ni?  kitorang still menjawab, "tu masalah tak boleh ke luar negara, cam kitorang ni masalah duit tak de camne?"  Pegawai beso tu pun cerita yang dulu bila sampai turn dia pergi Haji, dalam akaun bank dia cuma ada RM500 je.  Tapi dia tak risau dan tak fikir apa sebab dia memang nak sangat pergi.   Dia minta pada Allah dan Allah uruskan semua sehingga dia dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.  Masa dia cerita tu, meleleh air mata dia. Menangis pulak orang tua ni.hehe..yela, dia ni pakcik2 yang suke gurau kasar, tapi bab2 ni, rapuh gak hatinya.  Bila dah abes cerita, dia bagitau  walaupun dah 3x dia pergi haji, tapi dia tetap rindu nak pergi lagi..


p/s : aku terdiam dan malu dengan diri sendiri.  Aku belum sampai ke tahap betul2 nak rupanya.  Terlalu sibuk sangat dengan urusan dunia.  Kalau aku betul2 nak, mesti aku tak peduli apa, yang penting aku nak pergi, kan?

Monday, 27 January 2014

1st time naik bas

Assalamualaikum..

Minggu lepas merupakan minggu yang mencabar buat aku..huhu..mencabarlah sangat kan, cuma bawa Auni naik bas je pun..hehe...lama dah plan nak naik bas, tapi baru ni ada kesempatan..hikhikhik..Punyalah lama tak naik bas, nak p beli tiket bas pun cam terkial2, tapi tetap maintain confident je depan laki aku, kang kalau tunjuk gelabah tak dibaginye aku naik bas kang..So, malam jumaat keliwon tu aku pun g lah beli tiket bas kat Putrajaya Sentral.  Dukacita tiket p JB pukul 9pagi dah abes..sadis betul, tu yang naik kat Seremban tu...

Bas Plusliner tetap menjadi pojaan hatiku dari dulu hingga kini...

Mula2 tak nak beli tiket untuk Auni, tapi kang dak tu tak dapat naik bas lak, nak tak nak kena gak lah beli..budak2 pun beza RM6 je..huhu
Cuba korang bayangkan, tiket bas pukul 8.30, pukul berapa aku kena gerak dari rumah ni?  Yang paling penting pukul berapa pulak aku kena bangun tido?huhu..Aku terpaksa bangun pukul 5.45 pagi.  Sejuk wo..biasa aku bangun pukul 6.30 je...mana maunye bangun pepagi buta.  Kesian kat Auni, kena mandi pukul 6.20 pagi.  Nasiblah nak, nak balik kampung punya pasal...Tepat pukul 7 pagi kami dah bergerak ke Seremban.  

Sempat sarapan semua, tapi masih konfius gak sebab dulu naik kat Terminal 2, la ni naik kat Terminal 1 lak..bas pulak tu lum sampai lagi..Kalau tak sampai2, memang sah2 aku dah salah terminal..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, bas pun sampai, aku pun tak delah ketinggalan bas.  yang paling seronok dapat naik bas ni tentulah Auni.  Penumpang lain semua senyap je, dia sorang duk membebel2 dalam bas, dah la suara kuat..hehehe..tapi berjaya gak aku tidurkan dak tu....

nampak tak nyenyaknya dak kecik ni tido..

bagus gak belikan dak ni seat, takdelah sempit duk dalam bas..

Sepanjang 3 jam lebih perjalanan tu, Auni tido je..dah nak sampai baru dia bangun..baik anak mama ni...lepas ni kita cuba transport lain pulak ye..hehe


p/s : bila bawak anak kecik ni, ramai betul tawarkan bantuan, nak tolong angkat beg la, tolong bagitau driver mana nak turun, tapi ada gak yang tak pasal2 kena tolong pegangkan botol susu Auni..hehehe

Thursday, 23 January 2014

Hadiah Untuk Bos

Salam semua,

Aku sangat2 membutuhkan bantuan korang semua..tak lama lagi bos aku akan bergelar pesara terhormat..huhuhu..dia start pencen 3.3.2014 ni.  Dulu, aku yang duk tinggalkan bos, sedih gak time 2, la ni bos yang tinggalkan aku..sedih + takut..huhu...Sedih sebab bos aku ni baik sesangat...takut sebab pasni tak tau dapat bos macam mana..selama aku berkhidmat untuk Negara ni, bos yang tegas giler aku da dapat, bos yang baik giler pun aku da dapat..yang aku belum dapat bos perempuan..huhuhu

Berbalik kepada tajuk post aku  ni, apa gamaknya hadiah yang sesuai aku nak bagi kat bos aku ye?  Bos aku ni cam bapak2..baru je jadi datuk, tak main sukan2 ni..nak kata alim, ntah la ea..bila awal muharam tu mesti dia cuti sebab nk baca doa akhir tahun kat masjid..kira alim ke tu?hehe..Jadi, apa agaknya hadiah yang sesuai tuk dia ye?badget aku pun tak ada la tinggi2 sangat..kalau dapat bawah RM50 alhamdulillah...hahaha

Tolong ye kawan2..masa dah suntuk ni..aku ketandusan idea...huhuhu

Tuesday, 21 January 2014

I'm 26 now

Alhamdulillah, aku masih meneruskan hidup di usia 26 ini..
Terima kasih kepada semua yang wish semalam, yang belum wish pun xpe, aku paham..nama pun manusia, masih banyak lagi urusan lain dan seperti biasa, kita insan yang mudah lupa..xpayah korang, aku sendiri dah lupe banyak besday kawan2 aku..
Maaf kawan2...

Alhamdulillah, di usia 26 ini, aku masih bersama suami, anak, keluarga dan sahabat2 yang terlalu banyak membantu, menyokong dan menerimaku seadanya... Terima kasih semua.. 
dan yang paling penting Terima Kasih Allah atas segala yang telah Kau kurniakan kepadaku..


p/s : moga pada usia ini, diriku menjadi lebih baik berbanding di usia kelmarin......

Wednesday, 8 January 2014

Selamat Datang 2014

Assalamualaikum...
dah 8 hari baru nak cakap selamat datang 2014?dah terlambat.. huhuhu..tapi bior la lambat ke idok, yang penting teman ucap.. la ni bz bebeno, tu yang tak sempat tu..1-5hb teman kat kampung, memang idok le teman bukak belog ni..6hb teman baru nek koje, ate duk uruskan koje opis, sempat lak p asb, mane maunye nak update2 ni..7hb lagi la bz..teman duk menjawab periksa kat Shah Alam nu..komputer pun tak pegang..ha, jadi hari ni la gamaknye sesuai bebeno teman nulisnye..

Pemule cite, teman nak kabo yang teman belum ada azam untuk taon 2014..masih sempat ke nak tanam azam lagi ni?kalo sempat, boleh la malam ni teman pikior kan nak buboh azam ape..kalo idok sempatnye laen taon jela teman kabo kan ye..

Taon baru ni teman cuma harap segala urusan teman dipermudahkanNya...banyak bebeno plannya tapi tak bley kabo laei..benda belum confirm..name pun baru plan, belum tentu jadi...ate bile udoh confirm je, teman kabo ye..huhu..

Buat mase ni, kome doakan la semoga teman dapat menjawab peperiksaan dengan lancor dan lulus dengan jayanya..risau bebeno teman sebab lepas ni JPA yang bayor yuran teman..tak lulus kang ditariknye balik, kan ke naya tu..huhu

Udoh le tu, penat beno tulis dalam loghat perak ni..nampok ke idok?hahaha...


p/s : motif tulis dalam loghat perak??